Thursday, 26 April 2012

Masalah Rumah Tangga – Talak


Masalah Rumah Tangga – Talak







﴿﷽﴾

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾


 “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]


…………………………………………………


Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.

Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan RasulNya.

Syukur kepada Allah, Alhamdulillah, kerana telah mengizinkan menulis dalam bidang blogging ini. Insha-Allah, segala ilmu akan saya kongsikan bersama anda untuk manfaat bersama.

   Sekarang ini, pelbagai masalah rumah tangga terjadi. Yang paling ketara adalah suami isteri tidak dapat untuk bersama atau bersefahaman. Hal ini adalah kerana tiadanya tolak ansur antara suami dan isterinya. Dalam kali ini, saya akan menerangkan kepada anda mengenai talak. Sebahagian dari pembaca mungkin mempunyai ilmu mengenai hal ini, maka anda boleh juga berkongsi kepada saya, saya terima dengan tangan terbuka.


…………………………………………………



یٰۤاَیُّہَا النَّبِیُّ اِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَآءَ فَطَلِّقُوۡہُنَّ لِعِدَّتِہِنَّ وَ اَحْصُوا الْعِدَّۃَ ۚ وَ اتَّقُوا اللہَ رَبَّکُمْۚ لَا تُخْرِجُوۡہُنَّ مِنۡۢ بُیُوۡتِہِنَّ وَ لَا یَخْرُجْنَ اِلَّاۤ اَنۡ یَّاۡتِیۡنَ بِفٰحِشَۃٍ مُّبَیِّنَۃٍ ؕ وَ تِلْکَ حُدُوۡدُ اللہِ ؕ وَ مَنۡ یَّتَعَدَّ حُدُوۡدَ اللہِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَہٗ ؕ لَا تَدْرِیۡ لَعَلَّ اللہَ یُحْدِثُ بَعْدَ ذٰلِکَ اَمْرًا ﴿۱﴾


“Wahai Nabi! Apabila kamu menceraikan isteri-isterimu, maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar), dan hitunglah waktu iddah itu, serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumahnya dan janganlah (diizinkan) keluar kecuali jika mereka mengerjakan perbuatan keji yang jelas.  Itulah hukum-hukum Allah, dan barang siapa melanggar hukum Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali setelah itu Allah mengadakan suatu ketentuan yang baru.”

[ At-Talak : 1 ]

…………………………………………………

Talak

Pengertian :
(a)   Dari segi bahasa : Cerai atau melepaskan ikatan
(b)   Dari segi istilah : Merungkaikan ikatan perkahwinan antara suami isteri dengan lafaz talak, cerai atau yang mengandungi makna kedua-duanya.

Lafaz Talak

Namun, tahukah anda, mungkin secara tidak sengaja, anda telah melafazkan cerai kepada isteri anda melalui kinayah(sindiran).

Contoh : “Terputus tali antara kita berdua.”

Lafaz ini bergantung kepada niat si suami. Sebagai contoh, suami tidur dan mengigau melafazkan lafaz cerai, walhal suami tidak berniat melafazkannya atau isi maknanya.

Hukum Talak

Merupakan perkara penting untuk mengetahui hukum talak ini. Talak pada asalnya adalah harus, namun makruh sekiranya tidak perlu.

Walaupun talak ini sesuatu yang halal, namun talak adalah perkara halal yang paling tidak disukai Allah.

……………………………………

Daripada Ibn Umar ؓ  , Rasulullah bersabda :

“Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah talak.”
[Riwayat Abu Dawud dan Ibn Majjah]

…………………………………………………

Mengapa Talak Sesuatu Perkara Halal Yang Paling Allah Benci?

Secara logiknya, anda sendiri dapat lihat, pelbagai masalah yang timbul apabila suami isteri bercerai. Sebagai contoh, anak akan berdendam dengan ibu bapanya kerana bercerai, bahkan anak itu sendiri tidak mendapat kasih sayang yang sempurna daripada ibu bapanya.

   Kesan paling ketara adalah terhadap anak. Anak menghadapi kesukaran untuk berjumpa ayah sekiranya anak-anak tinggal di rumah ibunya, kerana ibu senantiasa memberi alasan untuk berjauh dari ayahnya.


Hukum Talak Mengikut Ulamak

(a)  Wajib
Apabila suami tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami seperti tidak mampu memberi nafkah kepada isteri atau menzalimi isteri.

(b) Sunat
Menceraikan  isteri yang memiliki akhlak yang buruk dan tidak dapat memperbaiki akhlaknya lagi.

(c)  Haram
Melafazkan talak pada waktu yang diharamkan(akan diterangkan sebentar  lagi)

(d) Makruh
Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang solehah.


Rukun Talak


(1)   Suami
(2)   Isteri
(3)   Lafaz talak


Setiap perkara yang disebutkan di atas perlulah ada, seandainya suami melafazkan talak, tetapi tidak mempunyai isteri, maka talaknya tidak sah(bahkan tidak logik melafazkan talak sedangkan tiada isteri)


Masalah Keluarga Sekarang


Kebanyakkan umat Islam sekarang suka bermain-main dengan lafaz talak. Ada yang hingga melafazkan talak seratus kali dalam sehari, namun pada malamnya bersetubuh(sedangkan setelah lafaz talak, inikan pula berkali-kali lafaz talak,maka tidak boleh setubuh). Sedangkan seandainya terlafaz talak, maka anda akan mendapat impaknya  kemudian hari.

Ada di antara kita semua yang kurang ilmu agamanya, dengan sesuka hati lafaz talak. Sebagai contoh, seorang isteri ingin keluar rumah, namun suami tidak benarkan,  lalu dia melafazkan :

“Kalau kau keluar rumah ni, jatuh talak ke atas kamu.”

Wahai sahabatku. Sekiranya isteri itu “TER”keluar dari rumah anda, nescaya jatuh talak ke atasnya.
Anda sebagai suami harus bijak mengatur bicara dan kemarahan. Seharusnya, anda melafaz :

“Jika kau keluar rumah malam ni, abang tak nak ketawa lagi.”

Ini hanya contoh. Dan salah satu masalahnya adalah menggunakan lafaz kinayah(sejenis kiasan atau kata-kata yang mempunyai ayat tersirat). Contohnya :

“Pada hari ini, kau hala tuju kau, aku hala tuju aku. Jangan dekati aku.”

Walaupun pada pandangan kasar tiada ayat “talak” dilafazkan, namun jatuh talak ke atas isteri, kerana talak dilafazkan dalam bentuk Lafaz Kinayah.

Lafaz Talak :

a.      Lafaz Sighah
Contoh : Aku ceraikan kau.


b.      Lafaz Kinayah
Contoh : Kau haluan kau, aku haluan aku.
Kedua-duanya adalah sah talak.


Waktu Haram Lafazkan Talak


Terdapat beberapa keadaan yang mana haram lafazkan talak, namun sekiranya talak telah dilafazkan, talaknya tetap sah.

a.      Isteri mengandung
b.      Isteri nifas
c.       Isteri dalam haid
d.      Selepas setubuhi isteri

Waktu-waktu ini haram dilafazkan talak.


Inilah Lumrah Manusia – Merujuk Si Dia Yang Tersayang




وَبُعُوۡلَتُہُنَّ اَحَقُّ بِرَدِّہِنَّ فِیۡ ذٰلِکَ اِنْ اَرَادُوۡۤا اِصْلٰحًاؕ

“Suami berhak merujuk isteri mereka dalam tempoh tersebut  (iddah),  sekiranya mereka mahu berdamai.”
[Al-Baqarah : 228]

Setiap manusia yang telah melakukan kesalahan, pasti ingin kembali  ke jalan yang benar semula. Maka Allah telah meringankan beban kita.
Setelah anda mentalak isteri dengan talak satu atau talak dua,  anda masih boleh merujuk isteri anda. Rujuk boleh dilakukan dengan lafaz sighah atau lafaz kinayah.

a.      Lafaz Sighah
Contoh : Abang ingin merujuk sayang

b.      Lafaz  Kinayah
Contoh : Abang pegang kamu kembali.

Namun begitu, anda perlu tahu. Sekiranya talak tiga telah dilafazkan, maka anda tidak boleh merujuk isteri anda semula. Isteri anda harus kawin dengan lelaki lain, dan bersetubuh dengan  suami barunya itu. Kemudian terpulang kepada isteri ingin ceraikan suaminya dan kembali ke pangkuan bekas suami, atau kekal bersama suami barunya itu. Kebiasaannya, isteri akan kekal bersama dengan suami barunya. Wallahu alam.

Apa yang anda perlu tahu?

Amat penting anda mengetahui jenis-jenis talak.
Talak terbahagi kepada dua.

Yang pertama : dari segi aspek hukum, iaitu :

1.      Talak Sunni
2.      Talak Bid’i


Talak Sunni

Talak yang mengikut sunnah nabi Muhammad . Talak ini adalah sesuai mengikut syarak

یٰۤاَیُّہَا النَّبِیُّ اِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَآءَ فَطَلِّقُوۡہُنَّ لِعِدَّتِہِنَّ

“Wahai Nabi! Apabila kamu menceraikan isteri-isterimu, maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar),”
[At-Talaq : 1]

Talak Bid’I

Talak yang tidak mengikut sunnah nabi Muhammad iaitu melafazkan talak ketika waktu diharamkan lafaz talak(Cth : Isteri mengandung, selepas bersetubuh dan lain-lain)



Yang kedua : Dari Aspek Kesan, iaitu :


1.      Talak  Raj’ie
2.      Talak Bain

Talak Raj’ie :

Talak satu atau  dua yang belum tamat tempoh iddahnya.  Dalam situasi ini, suami boleh merujuk isterinya semula semasa iddah. Mahar dan akad yang baru tidak diperlukan.

Talak Bain :

Talak bain terbahagi dua, iaitu talak Bain Sughro dan Talak Bain Kubro.

1.      Talak Bain Sughro

-Pada talak ini, suami tidak boleh merujuk isteri kecuali dengan akad dan mahar yang baru,  berbeza dengan talak Raj’ie(tidak memerlukan akad dan mahar baru).
Talak jenis ini merangkumi :

a.      Khulu’
b.      Fasakh
c.       Ila’
d.      Talak Raj’ie yang tamat tempoh iddahnya
e.      Talak sebelum bersetubuh

2.      Talak Bain Kubro

-Dalam talak ini, suami tidak boleh  merujuk isteri melainkan isteri kawin lain dan wajib bersetubuh dengan suami barunya itu untuk bekas suaminya merujuknya kembali.


Talak  Taklik?


Talak taklik adalah talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat.

1.      Taklik Biasa

Talak taklik biasa ini adalah talak yang disandarkan syarat, tetapi dengan lafaz yang biasa. Contoh : Kalau kau keluar rumah, maka jatuh talak satu kepada engkau.”

Jika isteri keluar rumah, maka jatuh talak satu ke atasnya.

2.      Talak Taklik Khulu’

Talak jenis ini masih lagi diamalkan, dan syarat-syarat talaknya ditulis dalam bentuk perjanjian rasmi.


 …………………………………………………

Wallahu alam, apa yang saya ingin sampaikan adalah, sebagai suami, tahanlah marah anda dan elakkan daripada melakukan perkara sia-sia. Talak bukan perkara mainan wahai  sahabat. Sekiranya talak dilafazkan, maka bergegarlah ‘Arasy Allah. Wallahu alam bisowwab.

Tuesday, 17 April 2012

Al-Jazari - Pembakar Semangat Cintakan Ilmu


Al-Jazari – Penyemarak Semangat Cintakan Ilmu






﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾

 “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

…………………………………………

Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad  ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.

Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad  itu hambaNya dan RasulNya.

Alhamdulillah, terdetik hati menyelak buku agama Islam tingkatan  5 dengan lebih mendalam dan terjumpa suatu rekaan yang menarik. Sebuah rekaan yang menakjubkan, dihasilkan oleh orang Islam sendiri, namun jarang sekali disebut nama beliau. Rekaan beliau seperti yang ditunjukkan di atas. Allah mendetikkan hati  saya untuk berkongsi kepada anda kisahnya, kerana saya yakin anda kebanyakannya tidak pernah mendengar ciptaannya, apatah lagi namanya.

………………………………





  • Beliau dinamakan bersempena dengan nama kawasan kelahirannya; Al-Jazira ,
  • kawasan utara Mesopotamia
  • Seperti ayahnya, beliau merupakan seorang artis seni pertukangan,
  • oleh itu beliau sebenarnya lebih kepada jurutera praktikal berbanding jurutera yang mementingkan toeri dan kira-kira.
  • Menerbitkan sebuah buku yang bertajuk   Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices.Dalam buku tersebut,beliau mempamerkan 50 alat mesin dan cara pembuatannya.
  • Antara hasil kerjanya yang terkenal ialah dalam pembuatan mesin Automata (mesin yang bergerak sendiri melalui kesinambungan mekanisma peralihan tenaga dalam sesuatu sistem).Mesin-mesin automata ini pula digabungkan dengan konsep keseniaan yang akhirnya menghasilkan konsep teknikal yang indah.
  • Dalam sejarah Barat;beliau dikenali dengan nama Father of Robotics.

Pelbagai ciptaannya yang telah menyemarakkan nama baik Islam. Sehingga dikatakan seni Leonardo Da Vinci mendapat idea daripada lakaran-lakaran Al-Jazari ini. Wallahu alam.
Alangkah indahnya dapat memakmurkan bumi ini.

Antara ciptaannya adalah :

Roda Air Bergear

Spesifikasi teknikal injap

Al-Jazari merupakan seorang ilmuwan Islam yang tersohor dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan robotik.


Nama penuh beliau adalah Abu al-Ismail Bin al-Razaz al-Jazari. Al-Jazari dilahirkan 300 tahun sebelum Leonardo Da Vinci atau lebih tepat lagi pada tahun 1136 Masihi .


Gelaran al-Jazari diambil sempena nama tempat kelahiran beliau, iaitu di Al-Jazira.  Kisah kehebatan al-Jazari sebagai jurutera agung bermula apabila datuknya sendiri mengesan bakat al-Jazari di sebuah Ladang kurma milik keluarga mereka.


Memang sudah menjadi rutin, untuk al-Jazari menolong datuknya di ladang kurma jika ada kelapangan. Sewaktu al-jazari sedang berehat, beliau bermain dengan model mekanikal yang diciptanya sendiri menggunakan buluh dan serangga.


Datuknya terpegun melihat cucunya yang masih kecil mampu mencipta sebuah mini model mekanikal yang berkonsepkan kincir air seperti yang terdapat di kebun itu. Walaupun rekaan mini model itu nampak terlalu ringkas pada mata kasar, tetapi datuknya mengerti yang al-Jazari sedang  mengkaji dan mencipta  setiap gerakan mekanikal.  Rupa-rupanya tindakan al-Jazari yang sering bereksperimentasi itu kurang di senangi  oleh bapanya sendiri. Bapanya menganggap tindakan al-jazari itu suatu perkara yang sia-sia.


Namun si datuk yang lebih berpengalaman memberitahu kepada bapa al-Jazari, “kamu tidak perlu melarang anakmu mempelajari ilmu itu, kerana dia akan menjadi ilmuwan yang berjasa kepada masyarakat di masa akan datang. Ilmu yang sedang dikaji oleh anakmu itu adalah ilmu mekanikal. Ilmu mekanikal ini dipelopori oleh keluarga Musa Bin Shakhir pada zaman khalifah Harun al- Rashid.


Mereka menterjemah buku-buku Yunani dan mengasaskan ilmu mekanikal. Mereka mencipta teori dan seratus alatan mekanikal bagi menggerakkan benda. Mereka membukukan gambar rajah dan maklumat mengenai cara-cara menggerakkannya. Antaranya ialah kincir air dan takal. Dengan ilmu mekanikal ini juga pekerja binaan dapat membina lebih banyak kubu dan kota”.


Terdiam bapa al-Jazari mendengar penjelasan yang panjang lebar itu.






Peristiwa di ladang kurma itu memberikan impak yang besar pada diri al-Jazari.


Keinginan untuk mendalami ilmu mekanikal semakin membuak-buak ditambah pula dengan sokongan padu yang diberikan oleh datuknya. Selain itu, beliau sudah menghafal al-Quran, Hadis, mendalami Bahasa Arab dan ilmu agama.  


Hasil dari kajian dan penyelidikan  secara terperinci, al-Jazari telah menulis dua buah buku. Kitab ‘Fi Marifatil Hiyal al-Handasiyyah’ iaitu buku Perkakas Mekanikal Pintar dan “kitab al-Hiyal Fil Jam Bainal ilm Wal Amal” iaitu pertautan antara ilmu dan amali menerangkan tentang ilmu mekanikal.  


Bukunya dianggap sebagai manuskrip terkenal di dunia di tambah pula dengan ilustrasi yang mengagumkan di dalam buku tersebut. Malah, ada yang mengatakan kitab-kitab beliau pernah dibaca dan dikaji oleh Leonardo Da Vinci.


Ini kerana para penyelidik UKM berpendapat besar kemungkinan Leonardo dipengaruhi oleh tulisan Al Jazari kerana terdapat bukti interaksi di antara Leonardo da Vinci dan Empayar Ottoman dimana Al Jazari tinggal. Al-jazari mendapat gelaran Bapa Kejuruteraan Moden kerana kajiannya menjadi asas kepada perkembangan teknologi industri. Beliau meninggal dunia pada tahun 1206 Masihi di Diyar Bark, tenggara Turki.


[Dipetik dari : http://muhammademwai.blogspot.com/2012/03/kisah-jurutera-al-jazari-si-pereka.html ]




Namun…

Yang ingin saya tuliskan di sini adalah menyedarkan anda kepentingan ilmu duniawi dan ukhrawi. Kedua-duanya haruslah diseimbangkan. Al-Jazari telah menyemarakkan semangat umat Islam dalam bidang kejuruteraan. Namun, kita sebagai generasi muda sekarang ini, ramai yang tidak ambil berat tentang ilmu. Bagi mereka, “Enjoy” lebih seronok. Jangan letak otak di lutut wahai sahabat. Di mana kesedaran anda?

Generasi demi generasi Islam terdahulu menjaga nama baik Islam, tetapi anda meruntuhkan nama Islam. Ketahuilah pintu taubat masih terbuka. Saya yakin, kepada anda yang mengambil sains tulen, pernah terpacul di mulut anda : “Aduh, physics! Ni yang aku nak tidur ni. Woi, jom ponteng.”

Saya tahu subjek Physics perlukan pemikiran yang mendalam dan menjangkau luar dari minda anda, “Out of the box.” 

Bukan setakat physics, subjek lain juga harus diambil berat. Kerana besar kemungkinan anda yang akan menjadi seperti “Al-Jazari” yang menegakkan nama Islam. Segalanya bermula dengan usaha anda. 

Bukan “besar kemungkinan”, tetapi andalah generasi  akan datang yang menegakkan Islam. Siapa lagi kalau bukan anda? Adakah anda mengharapkan orang dahulu ini kembali hidup membantu anda? Berpijaklah di bumi  yang nyata. Wallahu alam. 


Semoga perjuangan al-Jazari ini membuka mata anda pentingnya ilmu untuk memakmurkan kehidupan masyarakat dan bumi, bukan disalahgunakan.


Monday, 16 April 2012

Keliru Antara Samak Dan Sertu?





Samak atau Sertu?


﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾

 “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

…………………………………………………

Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.

Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan RasulNya.

Alhamdulillah, syukur kepada  Allah kerana dengan izin-Nya dalam ruangan pendek ini, dapat saya kongsikan kepada anda masalah konsep Samak dan Sertu yang sekarang ini anda sekadar sebut tanpa memahami istilah sebenarnya.

…………………………………………………

“Woi, kau terpegang babi tu! Cepat, samak tangan kau. Eee, najis Mughalazah!”
Ini mungkin biasa terpacul di mulut anda, namun apakah anda mengerti apa itu samak dan apa itu sertu?

Samak

  1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua    kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.
  Sabda Rasulullah S.A.W.:                    


Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)

Contoh : Kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk menyucikan daging tersebut untuk dibuat kompang atau kegunaan yang lain.

Sertu


 1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.


2. Najis Mughalazah  hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan  air mutlak dan 
1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali.

3.  Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.


 Contohnya : Anda terpegang seekor anjing, dan anda hendaklah sertu tangan anda mengikut cara yang ditetapkan syarak.


Sekarang, anda dapat membuat konklusi bahawa apa yang anda sebut-sebutkan selama ini banyak yang salah.

Dalam dialog di atas sebentar tadi, ayat yang sebenarnya adalah :



“Woi, kau terpegang babi tu! Cepat, SERTU tangan kau. Eee, najis Mughalazah!”

Wallahu alam. Moga anda mendapat ilmu yang bermanfaat daripada blog ini, insha-Allah.

Sunday, 15 April 2012

Mengamalkan Ruqyah


Mengamalkan Ruqyah



﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾

 “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

……………………………………………

Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.

Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan RasulNya.
Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca. Pertama sekali, saya memohon maaf kerana blog ini sudah sekian lama tidak dikemaskinikan maklumat-maklumat di dalamnya kerana saya mempunyai jadual yang padat memandangkan saya akan SPM pada tahun 2012 ini. Alhamdulillah, Allah U beri kepada saya sebuah peluang untuk berkongsi kepada anda semua ilmu-ilmu yang bermanfaat, Insha-Allah. Sebarang pertanyaan boleh  ditujukan kepada penulis ataupun merujuk kepada ustaz ustazah yang alim dan bijaksana mengenai soal Ruqyah.

………………………………………………………

Saya ingin berkongsi kepada anda mengenai Ruqyah. Tidak dinafikan, dalam dunia yang serba maju ini, dan rakyat yang semakin kaya dan bijaksana, pasti ada yang dengki atau iri hati kepada kita. Namun, oleh kerana kecetekan ilmu ﻋﻘﻴﺪہ (‘Aqeedah) mereka, mereka memilih jalan yang tersimpang dari الصِّرٰطَ الۡمُسۡتَقِیۡم  (Siratul Mustaqeem - Jalan Yang Benar) iaitu mereka memilih Sihir sebagai jalan penyelesaian melangsaikan cemburu mereka. Astaghfirullah Al-Azim.
   Tetapi syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui sifat-sifat makhluk-Nya. Seperti yang dijanjikan Allah U , setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka ubat bagi sihir adalah Al-Quran dan Sunnah. Dalam penulisan ini, saya fokuskan kepada Ruqyah.

Pengenalah Ruqyah

Ruqyah ialah kumpulan ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah yang menjadi doa-doa perlindungan yang kita sebagai muslim perlu diamalkan ke atas dirinya sendiri, keluarga dan umat Islam sebagai perlindungan diri daripada segala bentuk kejahatan manusia, jin, penyakit-penyakit dan sebagainya. Ruqyah ini bukanlah sihir atau mantera syirik oleh kerana Ruqyah ini adalah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Pengertian Ruqyah

Ar-Ruqyah adalah jamak daripada “Ar’Ruqo’” yang bermaksud jampi, mantera dan bacaan-bacaan. Pada istilah, ia adalah ungkapan yang digunakan sebagai bacaan bagi menyembuhkan, melindungi dan menjaga, menguatkan, melancarkan atau memudahkan sesuatu.

Jenis Ruqyah

1.       Ruqyah Syirkiyah
Ruqyah Syirkiyyah atau Jahilliyyah ialah mantera yang keseluruhan atau sebahagiannya mengandungi unsure syirik, jahilliyyah atau tidak sesuai dengan syariat Islam. Ruqyah seperti ini hukumnya haram dalam Islam.

2.       Ruqyah Syariyah
Ruqyah Syariyah merupakan terapi dengan cara membaca al-Quran, doa dan zikir yang diajarkan baginda Muhammad melalui hadis yang sahih dan Hassan yang dilakukan oleh orang Islam sama ada bertujuan menjaga diri sendiri atau orang lain daripada pengaruh jahat pandangan mata (al-Ain) manusia dan jin, kerasukan, pengaruh sihir dan sebagainya. Ruqyah Syariyah dibolehkan mengikut syariat Islam. Dengan izin Allah, perkara-perkara jahat dan buruk itu dapat disingkirkan.

Dalil Ruqyah

1.       Dalil Ruqyah Syirkiyah dilarang :

(a)    “Daripada Jabir r.a. berkata, Rasulullah melarang Ruqyah”
[Dilaporkan oleh Muslim]

(b)   Ibn Mas’ud berkata , Rasulullah memberitahu : “Ruqyah, tamimah dan tiwalah adalah perbuatan syirik.”
[Dilaporkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud]

(c)    Ibn Abbas berkata, Rasulullah memberitahu : “Akan masuk syurga tanpa hisab daripada umatku sebanyak 70 ribu orang.” Para sahabat bertanya : “Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?” Beliau bersabda : “Mereka adalah orang yang tidak diminta diruqyah dan tidak minta supaya lukanya ditempel dengan besi yang dipanaskan dan mereka bertawakal kepada Tuhan mereka.”
[Dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim]

2.       Dalil Ruqyah Syariyah dibenarkan :

(a)    Aisyah r.ha. berkata : “Rasulullah memerintahkan kami supaya meruqyah orang yang terkena gangguan ‘ain.”
[Muttafaq ‘Alaih]

(b)   Ummu Salamah r.ha. (memberitahu), Nabi melihat di rumah Ummu Salamah ada seorang wanita yang pada wajahnya ada saf’ah(lingkaran hitam di sekitar matanya) maka baginda bersabda : “Lakukanlah Ruqyah untuknya(wanita itu) kerana dia terkena gangguan(nazaroh atau ‘ain)
[Muttafaq  Alaih]

(c)    Abu Said al-Khudri r.a. berkata, Rasulullah sentiasa meminta perlindungan daripada gangguan jin dan ‘ain hingga akhirnya turun dua surah perlindungan (Al-Falaq dan An-Nas), maka sejak itu digunalah keduanya dan baginda tinggalkan yang lain.
[Dilaporkan oleh at-Tirmidzi]

Syarat Peruqyah

Oleh kerana ruqyah syariyah ini merupakan sunnah Rasulullah , maka peruqyah tidak dikhususkan kepada orang tertentu sahaja. Selagi syarat sebagai  Muslim yang baik secara minimum dapat dipenuhi, kita semua boleh meruqyah.
Syarat-syaratnya adalah :
1.       Bersih Aqeedah
2.       Ibadah yang benar sesuai dengan ajaran Rasulullah
3.       Menjalani hidup secara berjemaah

Syarat Orang Diruqyah

Ruqyah tidak terbatas kepada mengubati gangguan jin dan sihir, tetapi dapat diaplikasikan lebih daripada itu. Ruqyah dapat digunakan juga sebagai penyembuh fizikal, contohnya terkena bisa ular, luka, keracunan dan sebagainya. Dengan izin Allah akan sembuh.

Proses  Ruqyah

1.      Inzar Sebelum Ruqyah

“Ya Hayyu Ya Qayyum birohmatika astaghis”

Wahai Zat Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri, dengan Rahmat-Mu aku memohon perlindungan.

2.       Ayat-ayat Ruqyah Daripada al-Quran :

1.      Surah Al-Fateehah                        : Sehingga Habis Surah
2.      Surah al-Baqarah             : 1-5
3.      Surah al-Baqarah             : 102
4.      Surah al-Baqarah             : 163 – 164
5.      Surah al-Baqarah             : 255
6.      Surah al-Baqarah             : 285 – 286
7.      Surah Ali Imron                 : 18 – 19
8.      Surah al-A’raf                    : 54 – 56
9.      Surah al-A’raf                    : 117 – 122
10.  Surah Yunus                      : 81 – 82
11.  Surah Thaha                      : 69
12.  Surah al-Mukminun          : 115 – 118
13.  Surah as-Saffat                  : 1 – 10
14.  Surah al-Ahqaf                  : 29 – 32
15.  Surah ar-Rahman              : 33 – 36
16.  Surah al-Hasyr                  : 21 – 24
17.  Surah al-Jinn                     : 1 – 9
18.  Surah al-Ikhlas                  : Sehingga Habis Surah
19.  Surah al-Falaq                   : Sehingga Habis Surah
20.  Surah an-Naas                   : Sehingga Habis Surah

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More