Thursday, 2 June 2011

Cara-Cara Berwudhuk

Asssalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.


Bismillahirrahmanirrohim...


Bertemu kita sekali lagi dalam topik, "Cara-cara Berwudhuk". Saya yakin, masih ada di kalangan kita yang cara berwudhuknya masih perlu diperelokkan. Di sini, saya sertakan niat berwudhuk, cara-cara berwudhuk mengikut tertib, perkara sunat ketika berwudhuk dan doa selepas wudhuk.


______________________________________________________________________________


Pengertian Wudhuk?
Apa itu wudhuk sahabat-sahabatku? Maksudnya adalah menyapu anggota tertentu dimulakan dengan niat.


Apakah Rukun Mengambil Wudhuk?


  • Niat
  • Membasuh muka
  • Membasuh kedua tangan hingga ke siku
  • Menyapu air di kepala
  • Membasuh kaki hingga ke buku lali
Niat wudhuk?

Niat wudhuk:
"Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta'ala"


Apakah perkara-perkara sunat ketika wudhuk?




  • Membaca Basmalah
  • Basuh tangan 
  • Berkumur-kumur
  • Masukkan air dalam hidung
  • Membasuh semua kepala
  • Membasuh telinga
  • Basuh celahan jari
  • Mendahulukan anggota badan kanan
  • Membasuh anggota 3 kali
  • Membaca doa selepas berwudhuk 
Apakah doa selepas wudhuk?

Doa selepas wudhuk:

”Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah ,Maha Esa Dia , tiada sekutu bagi-Nya.Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya.Ya Allah , jadikanlah aku ini daripada orang-orang yang banyak bertaubat , jadikanlah aku ini daripada orang-orang yang suci dan jadikanlah aku ini daripada hamba-hamba-Mu yang soleh"
Bagaimana pula cara berwudhuk yang sempurna?


  • Membaca basmalah terlebih dahulu
  • Membasuh tangan hingga bersih
  • Berkumur-kumur dan membasuh hidung
  • Niat berwudhuk
  • Membasuh muka
  • Membasuh tangan kanan
  • Membasuh tangan kiri
  • Membasuh semua kepala 
  • Membasuh telinga 
  • Membasuh kaki kanan
  • Membasuh kaki kiri
  • Membaca doa selepas berwudhuk



Baiklah, sekarang saya ingin memberitahu pula perkara-perkara makruh ketika mengambil wudhuk serta perkara-perkara yang membatalkan wudhuk.


Apakah perkara-perkara makruh ketika berwudhuk?




  • Meminta orang lain membasuh anggota wudhuk kecuali bagi sakit yang mengizinkan
  • Membasuh anggota wudhuk lebih 3 kali
  • Mendahulukan anggota kiri dahulu
  • Meninggalkan perkara sunat wudhuk
  • Menggunakan air secara berlebihan
Bagaimana pula dengan perkara-perkara membatalkan wudhuk?
  • Terdapat sesuatu keluar dari qubul atau dubur
  • Tidur tidak tetap punggungnya
  • Lelaki menyentuh perempuan ajnabi tanpa lapik atau sebagainya.
  • Bersetubuh
  • Hilang akal kerana gila, pitam atau mabuk
________________________________________________________________________________


Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah hukum mengambil wudhuk?

Hukum wajib mengambil wudhuk...
  1. Ketika ibadah solat
  2. Ketika ibadah tawaf
  3. Ketika memegang al-Quran
Hukum sunat mengambil wudhuk...
  1. Mandi wajib
  2. Sebelum suami isteri melakukan jimak
  3. Ketika hendak tidur
  4. Ketika sedang marah
  5. Ketika memasuki masjid
Sekian sahaja dari saya, harap membantu sahabat-sahabat semua...inshaAllah. Moga Allah merahmati kita semua...ameen.

Reaksi anda

0 comments:

Post a Comment