Syirik

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarkatuh...


Baiklah saudara-saudaraku. Sambungan dari post Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman , saya menerangkan di sini maksud Syirik.




Apa maksud syirik?




  • Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'al-Nya, itulah syirik.



______________________________________________________________________________



Bagaimana pula syirik boleh terjadi?


Syirik boleh terjadi melalui penyembahan, pemujaan, permintaan, perlindungan dan kepatuhan dari sesuatu selain Allah. Begitu juga apabila seseorang menyekutukan Allah sama ada dengan hati, lidah atau perbuatan.


Syirik terbahagi kepada 2, iaitu:




  • Syirik Jali
Iaitu perbuatan syirik yang dilakukan secara terang-terangan. Sebagai contoh, menyembah berhala, memakai azimat untuk keselamatan diri, mengakui nabi Isa a.s. adalah anak tuhan serta menyembah bulan atau Matahari.




  • Syirik Khafi
Iaitu tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat. Sebagai contoh :


  1. Takbur - Bangga diri
  2. Riak - Menunjuk kehebatan diri
  3. Ujub - Kagum dengan diri sendiri
  4. Sum'ah - Mahu kelebihan diri diketahui orang lain
______________________________________________________________________________

Sesiapa yang mengamalkan syirik ini digelar Musyrik.

Saudara-saudaraku, bagaimana pula akibat jika seseorang itu mengamalkan syirik?

   (a) Syirik Jali
  • Iman terbatal
  • Rosak akidah
  • Akan kekal dalam neraka selamanya
  • Mendapat azab di akhirat
   (b) Syirik Khafi
  • Sukar mendapat kawan serta dibenci.
  • Susah untuk menerima pandangan orang lain.
  • Tidak membatalkan iman tetapi akidah akan menjadi rosak.
Saya harap, saudara-saudara sekalian memanfaatkan ilmu yang diberi ini serta...bertaubatlah. Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan syirik ini...inshaAllah.















Mohamad Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan