Pesan Imam Ghazali


PESAN IMAM GHAZALI

Empat perkara menguatkan badan 
1. makan daging
2. memakai haruman 
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan 
1. banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. selalu cemas 
3. banyak minum air ketika makan 
4. banyak makan bahan yang masam 

Empat perkara menajamkan mata 
1. duduk mengadap kiblat 
2. bercelak sebelum tidur 
3. memandang yang hijau 
4. berpakaian bersih 

Empat perkara merosakkan mata 
1. memandang najis 
2. melihat orang dibunuh 
3. melihat kemaluan 
4. membelakangi kiblat 

Empat perkara menajamkan fikiran 
1. tidak banyak berbual kosong 
2. rajin bersugi (gosok gigi) 
3. bercakap dengan orang soleh 
4. bergaul dengan para ulama 

4 CARA TIDUR

1. Tidur Para Nabi
---Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 

2. Tidur para Ulama Dan Ahli Ibadah
---Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 

3. Tidur Para Raja Tamak Haloba
---Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 

4. Tidur Syaitan
---Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati..

Mohamad Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan