Pilihan Anda


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Pembuka Bicara ku Basmalah, Dengan IzinNya ku Mulakan

Manusia lahir di dunia ini untuk menjadi khalifah yakni menegakkan syariat Allah di bumi ini. Sekarang ini, Allah beri kita dua pilihan yakni
          (a)   Menjadi hamba Allah setia
          (b)   Menjadi sahabat syaitan
Terpulang kepada kalian untuk memilih mana satu, setiap pilihan anda pasti ada balasan dari Allah yang setimpal. Izinkan saya menerangkan kelebihan-kelebihan pilihan anda tadi.

Sekiranya memilih [(a) Menjadi hamba Allah setia]

Ketahuilah, Allah memberitahu dalam al-Quran bahawa hamba yang beriman kepadanya akan mendapat syurga yang indah. Saya ingin menyampaikan satu berita gembira kepada anda yang beriman, berdasarkan firman Allah;


Maksudnya:
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

Syurga yang dikatakan Allah sangat indah itu akan menjadi tempat tinggal bagi orang-orang yang beriman. Masya-Allah, Maha Suci Allah azza wajalla, Dia memberi kita satu nikmat iaitu Islam. Bersyukur kita kerana dihadiahkan hidayah yang tak ternilai nilainya. Begitu juga iman iaitu kepercayaan hati tentang Allah.
                Mengapa kita pilih Islam? Apa lebihnya Islam berbanding agama lain? Sesungguhnya agama yang diredhoi Allah di sisi-Nya adalah Islam!



Maksudnya:
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Islam adalah agama yang adil, kerana syariatnya adalah dari Allah azza wajalla pencipta manusia, justeru Dia tahu apa yang lemah dan apa yang lebihnya manusia dan makhluk ciptaan-Nya. Perlukah kita pertikaikan syariat-Nya? Tidak sama sekali! Tidak perlu ada keraguan di hati kita tentang segala yang datang dari Allah, kerana Allah itu sempurna. Bagi mereka yang mempertikaikan tentang syariat Allah, Fa innallaha sariul hisab[maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya].

Untuk menjadi hamba-Nya yang beriman, tidaklah senang kerana balasan-Nya sangat lah indah. Bayangkan anda ingin berjaya dalam SPM atau segala ujian, adakah senang? Tidak bukan? Kita harus sabar, tawadhuk, berusaha dan sebagainya. Begitu juga jika anda ingin mendapat syurga Allah azza wajalla. Di syurga sana bidadari cantik menanti anda, buah-buahan yang ranum dan sungai yang mengalir di bawah anda…sungguh indah, Masya-Allah Maha Suci Allah. Dan paling indah adalah dapat melihat wajah Allah yang indah itu.

Mari lihat dari satu segi sudut. Di bulan puasa, kita diwajibkan puasa selama sebulan dari terbit matahari hingga terbenam fajar dengan niat. Allah menguji kita dengan kepanasan, kelaparan. Sanggupkah kita hadapi? Demi Allah, tahanlah. Kerana balasannya sangat indah. Bayangkan sahabat-sahabat baginda SAW ketika berpuasa, mereka berperang. Tidakkah besar dugaan mereka?

Allah berfirman:

               
Maksudnya:
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Beritanya adalah, anda semua akan mendapat ganjaran pahala besar kerana bersabar dan balasan syurga, insha-Allah. Ketahuilah bahawa, sekiranya kita mendapat kesusahan, pastinya ada yang lagi susah daripada kita. Lebih berat ujian mereka berbanding ujian kita. Ada yang ditimpa dengan kematian orang yang disayangi, masha-Allah. Semakin beriman kita, semakin berat ujian kita terima, justeru bersabarlah.
       Mengapa kita diuji? Senang sahaja jawapannya. Mengapa kita mengambil ujian periksa? Sudah tentu jawapannya untuk melihat pelajar bijak ataupun sebaliknya. Begitu juga ujian Allah. Allah menguji kita untuk mengetahui sama ada kita ini beriman pada-Nya ataupun sebaliknya. Oleh itu, dudukilah ujian Allah ini dengan tabah dan sabar, kerana resultnya adalah amat indah.

Sekiranya memilih [(b) Menjadi sahabat syaitan]

Ya Allah, tidak berani ingin saya katakan kerana azab Allah amatlah pedih! Saya berharap anda tidak pilih pilihan ini. Namun, mungkin secara tidak sedar kita telah menjadi sahabat mereka yang jahannam ini. Sebagai contoh, bila kita riak dan takbur, hal ini berdosa dan tidak disukai Allah. Adalah lumrah manusia melakukan kesilapan. Justeru itu kita harus meminta ampun pada-Nya.
                
          Kita mungkin telah mempersekutukan Allah secara tidak sengaja, sebagai contoh mempercayai sesuatu selain Allah dan meminta pertolongan selain dari Allah. Ini dikira syirik. Dan dosa syirik tidak diampunkan Allah kecuali hamba tersebut bertaubat nasuha dan tidak mengulanginya lagi.
       
       Natijahnya, ingin saya menyeru anda semua supaya berbuat amal soleh dan nahi mungkar. Sesungguhnya, apabila di akhirat kelak kita tidak akan hidup semula di dunia untuk beramal soleh dan sudah terlambat. Akhirat adalah abadi. Jadi lah kita seorang yang beriman…insha-Allah.

Mohamad Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan