Terbenam Matahari


Assalamualaikum semua. Mari baca cerita ini sebentar. Yang ingin disampaikan adalah isinya, dan pengajarannya. Insha-Allah.



Petang itu cuaca hujan, aku pulang rumah lewat sedikit. Sampai di rumah, aku lihat dapur kosong. Meja makan juga tiada makanannya. Muka ku sudah merah.


“Ibu!”teriakku,dalam perut masih lapar.
Teriakan ku tidak terjawab, mendidih lagi darahku ini. Mana pulak pergi orang tua ini. Aku bergerak ke atas, rupanya ibu sedang berdoa di atas tikar sejadahnya. “Ibu, mana makanan ibu. Lapar lah!”. Terperanjat ibu dengan sergahan aku itu. Bibir ibu terkumat kamit, istighfar agaknya.

“Maaf nak, ibu tak larat nak masak. Anak makanlah ape yang ada ye sayang.”
“Mana boleh macam ni bu, saya kerje penat-penat…balik nak makan.”

Ibu melipat sejadahnya dan berdiri. Sambil terbatuk-batuk, ibu berkata dengan sedikit bungaan senyum di bibirnya.

“Maafkanlah ibu. Baiklah, ibu masak sekarang.”

“Ish, lain kali masak awal-awal.”

Ibu hanya berdiam diri. Lalu ibu bergerak ke dapur. Aku yang telah kepenatan bergerak ke bilik untuk mandi. Selesai mandi, aku dijemput ibu untuk makan. Lega hatiku kerana nasib baik masakan ibu sedap.

            Malam itu, aku duduk menghadap laptop untuk selesaikan kerje pejabatku. Abangku yang sudah tiada mengamanahkan aku untuk menjaga syarikatnya. Ah, menyusahkan. Sedang ku khusyuk menatap benda laptop ni, aku terdengar esakan tangisan. Berdebar juga pada mulanya, ku beranikan diri.Bunyi itu datang dari bilik ibu. Berdiri ku di pintu ibu yang tidak bertutup itu, rupanya dia sedang solat.

“Ya Allah, seandainya nyawaku Kau ambil agar anakku ini berubah aku rela Ya Allah. Biarlah dia kembali ke pangkal jalan setelah selama ini dia sesat. Kau temukan lah dia dengan jodoh yang solehah Ya Allah. Ingin sekali aku lihat anakku itu bahagia. Sekurangnya, sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.”

Khairil terdiam….kakinya masih kaku, khusyuk mendengar doa ibunya.

“Ya Allah, kau terangilah kubur suamiku dan anakku dengan cahaya nur-Mu. Allah….aku…satukanlah aku dengan suami dan anakku di syurga kelak”

Air mata ibu jatuh bagai tiada harga lagi.Khairil juga bertakungan matanya dengan air mata. Teringat saat ayahnya masih hidup dahulu. Dia sangat rapat dengan ayahnya itu.

“Nak, ayah harap kau berbakti pada ibumu ni. Ayah hanyalah seorang bapak yang lemah, tak berdaya. Andainya ayah pergi dulu, doakanlah ayah. Ayah mengharapkan doa anak yang soleh.”
Kenangan terimbau, saat ayahnya memeluk dia, abangnya serta ibunya erat. Akibat kemalangan 2 tahun lepas. Ayah dan abang meninggal dunia….

Khairil duduk termenung di tepi katilnya. Sejadah dipandang berkali-kali. “Khairil, kau mampu berubah” bisik hatinya…hmm, nanti dulu lah, aku ada kerja untuk diselesaikan dulu. Dia pergi menghadap komputernya semula.

Keesokannya…

Khairil bingung tak tau buat apa di rumah. Lalu dia melangkah ke luar rumah, masuk ke dalam kereta dan pergi bersiar-siar. Dalam perjalanannya, terlihat sepasang suami isteri berpegang tangan sambil berjalan. “Indah cinta”…tiba-tiba ayat tu terdetik di hatinya. Dia memandu lagi dan berhenti seketika di Seven Eleven untuk beli rokok. Rindu pada rokoknya. Sampai di cashier, dia meminta cashier tu rokok sekotak. Sementara cashier tersebut pergi ambilkan rokok dimintanya, seorang wanita muslimah…sungguh menutup aurat, menyapanya.

“Assalamualaikum akhi…”
“wa..wa’alaik…” tergagap aku saat itu.
“Jawabnya wa’alaikumusalam akhi…”  wanita itu tersenyum. Khairil di raut wajahnya telah merah kepadaman. “Akhi…merokok ya?”
“Erm..ye, ade masalah ke awak?” tetiba pulak aku jadi peramah.
“Akhi…” belum sempat perempuan tu berkata, cashier itu serahkan rokok kepadanya.
“Err..maaf, berbual di sini tidak enak. Jom kita borak kat kedai seberang sana.”sambil jari Khairil menunjuk ke gerai di seberang jalan.

Di kedai…

“Erm, kamu mahu makan apa? Saya belanja.” Kata Khairil.
“Segelas air teh sahaja akhi…” aduh, dia masih tersenyum. Namun, Khairil masih lagi tertanya-tanya apa tu ‘akhi’ yang dimaksudkan. Selesai order makanan, perbualan dimulakan.
“Akhi, kenapa merokok?”Tanya perempuan solehah itu.
“Erm…tidak perlu diceritakan.”jawab Khairil ringkas. “Oh ya, apa nama awak?” aduh, senang saja bibirnya bertutur.
“Maaf kerana tidak perkenalkan diri saya. Nama saya Syahida binti Rahmat…”jawabnya sambil tersenyum.
“Ouh, boleh saya tahu…ape itu maksud ‘akhe’ ‘akhi’ yang kamu sebut pada saya?”
“Akhi maksudnya abang, tetapi dalam Islam..akhi dianggap sebagai saudara lelaki”
“Err…maaflah, saya tidak fasih benda-benda arab ni semua.”

Perbualan mereka berterusan. Satu yang menarik hati Khairil adalah apabila perempuan tersebut menceramahnya tentang ‘Hormat ibumu, syurgamu di tapaknya’.

“Kenapa kamu mengatakan syurga di bawah tapak kaki ibu?” soal Khairil.

Wanita tersebut tersenyum kecil. “Akhi, ibu telah melahirkan kita anaknya dengan susah payah. Ketahuilah bahawa doa ibu mudah termakbul terhadap anaknya. Allah akan memperkenankan sentiasa doa seorang ibu.” Suasana senyap seketika. Khairil terbayang ibunya yang di rumah, sedang sakit batuk-batuk itu. “Nama akhi siapa?”

“Khairil…err, bin Samad”
“Ouh, akhi…saya terpaksa pergi dulu ya. Jika ada rezeki kita berjumpa lagi. Ibu sedang menanti di rumah.” Syahida tersenyum pada Khairil.
“Awak, tunggu sekejap. Erm, ini kad nombor saya, sekiranya ada apa-apa telefon saya ya.” Syahida hanya tersenyum.
“Assalamualaikum…”
Waalaikumusalam, jawab di hati Khairil. Ibu…..hmmm.

**________Masih lagi cuti. Khairil duduk termenung di sofa, memikirkan apa yang dikatakan Syahida tempoh hari. Syurga di telapak kaki ibu. Apakah selama ini aku derhaka pada ibu, masih lagi terbuka syurga untukku? Sejenak hatinya berkata.

“Khairil, tolong ibu sebentar. Tolong angkat kotak ini. Berat, ibu tak larat nak.”
Dengan cepat Khairil menolongnya. Ibunya jadi kaget. ‘Aih, demam ke anak aku ini?’ agaknya itu yang bermain di hati ibu Khairil.
Khairil rasa seperti buang tabiat. Kenapa tetiba ringan sahaja tubuhnya mengajaknya untuk membantu ibu? Tak mengapalah, syurga di telapak kaki ibu. “selesai bu…”
“Terima kasih nak.” Ibu tersenyum manis. Ya Tuhan, tenang bila ku lihat ibu tersenyum. Kemudian ibu masuk ke bilik untuk mengemas bilik.

Azan telah berkumandang. Khairil mendengar dengan sayu. Hendak solat, tidak dia tahu.

“Ibu, saya ke masjid sekejap.”  Entah kenapa, hatiku tertarik untuk ke masjid.
Sesampai di masjid, para mukminin dah bersedia untuk solat. Khairil mengambil wudhuk berpandukan seorang lelaki yang sedang mengambil wudhuk di sebelahnya. Terasa malu pun ada.
Aduhai, ramainya orang di sini. Mesti aku malu seandainya aku tersalah langkah dalam solat. Tak apelah. Alang-alang masuk ke masjid, baik kita solat bersama. Usai solat nanti, aku cuba bertanya pada imam tu.
Selesai Solat…
“Assalamualaikum imam, err…saya nak bertanya sikit boleh?” kata Khairil.
“Waalaikumusalam warohmatullah. Yer? Kamu mahu tanye apa?” kata imam tersebut,
“Erm, saya mahu….”
“Kamu mahu apa?”
“Saya…nak belajar tentang Islam boleh?”
Imam tersebut tersenyum. Dia mengangguk. Lega hati Khairil, seperti telah hilang beban di dadanya itu. Dia mengucapkan terima kasih pada imam tersebut. Ustaz tersebut mengajak Khairil untuk belajar di rumahnya selama beberapa hari. Khairil akur sahaja.

Di Rumah…

Khairil tercari-cari ibunya. Mana agaknya ibunya pergi. “Ibu?”…
“Ye nak, ibu kat dapur ni…” sahut ibunya samar-samar dari dapur.
Lega hati Khairil. Entah kenapa, semenjak beberapa hari ini hatinya selalu ingin menyayangi ibunya.
“Ibu, Sabtu ni Khairil pergi rumah imam.”
“Buat apa pergi sana?” soal ibu terpinga-pinga.
“Ada lah, nanti Khairil beritahu.”
Ibu yang tidak faham apa-apa hanya mengizinkan sahaja. Khairil tersenyum..

**_____________Setibanya di rumah imam, Khairil disambut oleh imam tersebut. Dijemputnya Khairil untuk duduk. Barang-barang Khairil diangkut dan diletakkan di ruang tamu dahulu.

Selepas mereka menyapa salam, mereka berdua berbual dengan gembira. Dalam khusyuk berbual, seorang perempuan berpurdah datang dengan membawa sedulang air minuman. Mata Kharil tertumpu pada perempuan tersebut, terutama matanya kerana terasa seperti mereka pernah berjumpa.

“Khairil,  sememangnya apa yang ingin kamu belajar di sini?” Lamunan Khairil terhenti.
“Sebenarnya banyak yang saya tidak tahu imam, terutamanya…solat.” Khairil tunduk malu. Wanita tadi telah beredar dengan membawa dulang bersama. Air telah terhidang.
“Tak apelah, kamu boleh belajar. Insha-Allah.” Imam tersebut memberi senyuman.

Senja…

Khairil duduk sendirian termenung di beranda rumah imam. Memandang ke langit, awan bergerak ke sana ke mari. Huh, hati aku macam tu agaknye. Hmm..Khairil menutup mata, cuba menarik nafas panjang. Belum sempat lagi dia menghabiskan sedutan nafas dia, dia disapa anak imam tersebut.

“Ehem2. Assalamua’alaikum”
“Wa’alaikumusalam”…jawab Khairil.
“Hai, baru hari itu jumpa tak kan dah lupe kat ana kot?”
“Kita..err..penah berjumpa ke??” bingung kepala otak aku. Pernah ke aku jumpa perempuan alim macam dia ni?
“Ini ana lah. Syahida…” dia tersenyum.
“Ouh, Syahida. Jadi kamu lah anak imam ni. Erm…”
“Kenapa?” soal Syahida. Seakan-akan mengecam ada sesuatu di otak Khairil. “Err, mane ade ape-ape.”
Suasana sepi seketika.
“Ida, tolong siapkan hidangan.” Suara imam jelas kedengaran dari meja makan. “Baik ayah. Erm, saya pergi dulu ye.” Kemudian,Syahida beredar. Datang pula ibunya. “Anak ni, buah hatinya Syahida ke?” ibu dia tersenyum sahaja.
“Eh, tak ade lah puan. Kami kawan saje.” Jawabnya pendek. Tidak mahu perpanjangkan perbualan mereka. Buah hati…hmm. Layak ke aku yang teruk ini dijodohkan perempuan sealim Syahida? Anak imam lagi.

**_____4 tahun berlalu. Benarlah, Khairil dijodohkan dengan Syahida. Mendapat restu dari kedua-dua wali mereka, akhirnya mereka disatukan dengan sah. Kini mempunyai seorang anak..cukup comel bagi pasangan bahagia tersebut.

“Abang…” Syahida berkata manja pada suaminya.
“Ya awak, ada ape?” sekuntum senyuman manis diselitkan jua.
“Mari pergi pantai abang. Kita pergi pantai Tanjung Bidara kat Masjid Tanah sana. Ramai kata tempat itu indah. Paling best time matahari terbenam bang.” Syahida berkata-kata dengan ceria sekali, sambil tangannya menggoyangkan tangan suaminya itu…memujuk.
“Baiklah, kita bawa anak kecil kita sekali ye.”
“Syahida melompat keriangan, dicium tangan suaminya beberapa kali.”

Rupanye, ceria juga isteri aku ini. Alhamdulillah. Syukur pada Allah aku dijodohkan dengan dia. Syahida dengan pantas masuk ke bilik untuk bersiap. Anak mereka, Shahril, masih tidur lagi di buaian. Khairil menjenguk seketika anaknya itu, senyuman lahir di bibirnya. Alhamdulillah.

Petang…

Khairil tersipa-sipa. Mana arahnya ke Tanjung Bidara ni? Aduhai. “Abang, Tanjung Bidara lalu sini lah.” Syahida tergelak kecil saat melihat suaminya terpinga-pinga mencari jalan. “Apa lah, abang dah tua ni. Tak ingat mana jalan pergi situ. Bukan tak tau.” Mereka berdua tergelak bersama.
Akhirnya, sampai jua ke Pantai Tanjung Bidara. Pemandangan yang cukup indah. Khairil memarkir kereta di satu tempat redup. Jam hampir pukul 5.30. Mereka singgah ke masjid dahulu untuk tunaikan solat Asar. Sedang Khairil mengambil wudhuk, satu mesej diterima dari isterinya. “abang, jangan lupa doakan agar kita bersama sampai ke syurga…bersama anak-anak kita ya. Baca ayat kursi juga.”

Khairil tersenyum saat membacanya. “Baiklah isteriku.”  Khairil duduk sebentar di dalam masjid tersebut untuk berdoa selesai solat. Menitik air matanya mengenangkan kesalahan dahulunya.

“Abang, jom duduk kat situ bang.” Syahida menarik tangan Khairil setelah Khairil keluar dari masjidnya. Anak di dalam pelukan Syahida disambut Khairil dengan mesra.
“Abang…cantik kan matahari terbenam. Besar betul kuasa Allah. Subhanallah.” Khairil memandang wajah isterinya itu. Bersinar di balik cahaya matahari terbenam. Cantik isterinya memakai purdah, Maha Kuasa Allah.
“Andai kata saya mati…” kata-kata Syahida mati di situ. Khairil yang mendengarnya, seakan-akan sebak di dada. “Doakan saya ye abang, jangan lah tangisi pemergian saya. Saya mahu abang di sisi saya saat saya nazak. Saya nak mati sambil melihat matahari ini terbenam, memuji kebesaran Allah.”
“Awak…jangan kata macam tu.” Khairil rase seakan-akan hendak menangis.
“Maafkan saya jika saya ada salah ye abang. Restuilah saya bila saya mati kelak.” Khairil menoleh ke kiri, Syahida tidak tahu Khairil sedang mengesat air matanya.
“Jom balik awak, dah nak Maghrib ni. Nanti kita singgah kedai beli air ye.” Kata Khairil. Syahida Cuma tersenyum sahaja.

**________Sejak beberapa hari ni, ibu sering jatuh sakit. Khairil naik risau, hinggakan selalu dibawanya ke klinik. Ibu merahsiakan sakitnya daripada Khairil. “Nak, mungkin akan tiba masanya ibu menghadap Allah tak lama lagi.” Senyuman masih terukir di bibir ibu walaupun dia masih dalam keadaan sakit sebegitu. Syahida dan Khairil sebak saat ibu berkata begitu. Khairil mengambil langkah untuk membawa ibu tinggal bersamanya di Bandar Melaka. Terlihat di wajah ibu kesedihan meninggalkan rumahnya, banyak kenangan bersama ayah, abang, adik dan Khairil di situ. Namun terpaksa ditinggalkan. Ibu mengesat air matanya.

Petang…
“Awak, cantikkan matahari terbenam.” Syahida memandang suaminya yang sedang bercakap itu. Dipeluk erat tangan suaminya itu. “Cantik abang, rasa seronok je. Besar kan Kuasa Allah bang. Dia cipta mahari yang begitu cantik untuk kita bersama melihatnya.” Syahida tersenyum.
“Maha Kuasa Allah, sesungguhnya kamu lagi cantik dari matahari itu wahai isteriku.” Syahida sudah mula tersenyum, tetapi malu mendengar ayat suaminya itu. “Wanita solehah adalah perhiasan dunia paling indah.” Khairil memberi snyuman sambil berkata. Syahida tersentap mendengar ayat suaminya itu. Namun…rase tenang.

“Awak…”

“Hmm..?”

“Jagalah Shahril jika abang tiada lagi. Tolong jaga ibu sekali ya.” Shahida bagaikan hendak menangis mendengar ayat itu. Shahril yang di dalam dakapannya dilihat sebentar. Wajahnya mirip sekali wajah ayahnya, kacak. Terima kasih Allah, kerana menemukan aku dengan lelaki soleh seperti ini.

Lewat sepertiga malam….

“Abang…” aduh…siapa pula yang mengejut aku malam-malam begini. “Abang! Bangunlah sayang…” Rupanya Syahida mengejutnya. “Ye awak, nak apa kejut saya pagi-pagi begini?” Khairil bangun sambil tangan mengesat-ngesat mata.

“Saya tak boleh tidur lah abang. Tadi dah tidur, tetapi terjaga semula…” Bibir Syahida dimuncungkan.

“Lah, mari sini duduk sebelah saya. Saya dodoikan.” Khairil tergelak kecil. “Aduh…!!” Rasekan, padan muka aku. Tak pasal-pasal kene cubit dengan isteri. “Jangan main-main lah abang.”

“Yelah, maafkan saya. Kenapa tak boleh tidur?”

“Erm, saya termimpi..yang abang pergi tinggalkan saya.” Khairil tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu. “Kan abang ada ni. Awak jangan risau.”
 “Abang, jom buat solat sunat Tahajjud ya. Abang imam.”
Tidak pernah aku solat sunat Tahajjud. Terima kasih Allah, kerana memberiku peluang untuk solat sunat ini. “Err, awak…ajar saya solat sunat Tahajjud ya.” Isterinya mengangguk tanda setuju bersama senyuman di bibirnya.
“Abang..”
“Ye?”

“Erm,doakan agar kita bersama anak kita Shahril ni masuk syurga ye abang…” Syahida menyempurnakan kata-katanya dengan takungan air mata. Khairil mengucup dahi isterinya itu. “Insha-Allah sayangku” mudah sahaja Khairil melafaz ayat sayang.

“Allahu Akbar…” selesai ambil wudhuk, sejadah dibentang dan mereka berdua bersolat. Takbir diangkat. Selesai solat, tangan ditadah memohon doa. Khairil menadah tangan, membaca doa termasuk apa yang isterinya pinta sebentar tadi. Isteri tersayang mengaminkan doa suaminya itu. Mereka bersalaman, Syahida menangis saat mencium tangan suaminya.

“Awak, maafkan saya kerana saya tidaklah sempurna. Tetapi..saya mencuba untuk jadi isteri yang solehah serta ibu yang baik pada anak-anak kita.”

“Abang maafkan. Awak sempurna di mata saya, tidak ada cacat celanya.” Khairil tersenyum.
Syahida memandang wajah suaminya itu. Tenang. Namun entah kenapa, hati Syahida merasa sebak. Seakan ada sesuatu yang menyedihkan akan terjadi.

“Awak, terima kasih mengejut saya untuk tahajjud malam ini. Inilah kali pertama seumur hidup saya dapat tahajjud. Saya doakan kita bersama anak kita dapat ke syurga.”
Syahida dah mule teresak-esak. Seolah kata-kata Khairil itu adalah kata yang terakhir. “Abang…”

“Yer?”

“Saya sayangkan abang. Terima kasih mencintai saya.”

“Abang juga sayangkan awak.” Khairil tersenyum. “Dah, tidur dulu. Abang mahu baca al-Quran ini dulu ye awak.”
Syahida akur, lalu dia ke katil. Matanya belum pejam, telinganya mendengarkan alunan merdu suaminya membaca ayat-ayat suci al-Quran. Akhirnya dia tertidur, dalam esakan tangisan.

Keesokannya…

“Abang!!” Yassiin dialunkan. Ibu lemah tidak mampu berdiri. Ramai orang menangis teresak-esak. “kenapa bang? Bukan sekarang!” Syahida merasa sayu di hatinya. Kenangan semalam rasa seperti baru berlaku.

“Maha Kuasa Allah, sesungguhnya kamu lagi cantik dari matahari itu wahai isteriku.”….
“Jagalah Shahril jika abang tiada lagi. Tolong jaga ibu sekali ya.” Sungguh tidak disangka, rupanya abang akan pergi menghadap ilahi dulu.Allah! Tabahkanlah hatiku ini. Menitik tidak habis air mata Syahida saat teringat kembali suaminya membaca al-Quran pagi tadi. Alhamdulillah, suamiku mati dengan tenang. Dapat dia merasa tahajjud dia yang pertama. Ya Allah, sungguh sedih hatiku ini.

“Awak, terima kasih mengejut saya untuk tahajjud malam ini. Inilah kali pertama seumur hidup saya dapat tahajjud. Saya doakan kita bersama anak kita dapat ke syurga.” Insha-Allah abang, kita dapat bersama hingga ke syurga. Ameen.

Sebulan telah berlalu…

Syahida masih terdiam, namun direlakan jua pemergian suaminya tercinta itu. Syahida membawa Shahril ke pusat membeli belah untuk membeli baju raya. Sayu hatinya kerana suaminya pergi, tidak dapat merasa hari raya bersama suaminya kali ini. Selesai membeli, Syahida menunggu teksi di tepi jalan raya bersama anak yang dikendongnya.

Sementara menunggu teksi, Syahida membelek-belek kad yang pernah diberi suaminya saat mereka pertama kali jumpa di seven eleven dahulu. Khairil...saya harap dapat jumpa abang dengan segera.
Tiba-tiba, datang seorang nenek buta ingin melintas jalan raya tersebut, dan dalam perjalanan melintas….sebuah kereta hampir melanggar nenek tersebut. Dengan kuasa Allah, Syahida cuba selamatkan nenek tersebut. Ya. Nenek tersebut selamat, tapi Syahida telah dijemput bersama anaknya menghadap Allah. Sungguh menyayukan, mereka anak beranak itu meninggal dalam keadaan tenang.

“Abang, sayang datang nak bertemu abang.” Khairil menarik Syahida serta Shahril di dakapannya sambil tersenyum. Maha Suci Allah. Kad Khairil itu, masih di tangan Shahira, dan berlumuran darah.

Sebuah cinta yang suci kerana ilahi, pasti akan mendapat restunya dan akan disatukan satu hari nanti. Insha-Allah.

Assalamualaikum…


Hasil tulisan daripada:
Mohamad Zafranudin(Putera Mujahid Islam)

Mohamad Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan