Boleh ke tanya soal hukum dalam mana kumpulan?





Ada yg masih ragu2 bahwa kita tidak boleh sebarang2 bertanya soal hukum dalam mana2 grup.

Sebenarnya kita sahabt2 Islam boleh bantu mereka yg xtau soal hukum ni, dengan syarat kita ikut Quran, Sunnah. Jika tiada dalam keduanya, baru kita rujuk fatwa ulama'.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmizi bahawa nabi di kala mengirimkan Mu'adh ke Yaman telah bertanya padanya.

Nabi : Dengan apa engkau menghukumnya?
Mu'adh : Dengan Kitab Allah.
Nabi : Andai engkau dapati tiada dalamnya?
Mu'adh : Dengan sunnah(hadis) rasulnya.
Nabi : Andai engkau dapati tiada dalamnya?
Mu'adh : Saya berijtihad dengan fikiran saya sendiri.

Jelas di sini rujukan hukum kita adalah:
1) Quran...
2) Hadis...
3) Fatwa ulama atau orang beriman/berijtihad dengan fikiran kita sendiri...

Rujukan kita yg PERTAMA bukan orang yg arif..tp Quran dan Hadis.. :) andai tiada dalam kedua2 ini, baru rujuk orang yg arif. Kalo kita kurang faham Quran dan hadis juga, rujuk org yg lebih faham mengenainya..wallahu alam bisowwab. Allah merahmati orang yg memudahkan urusan sahabat islamnya. Mari kita permudahkan dan membantu saudara islam kita yg dalam kesusahan, seperti dalam hadis riwayat muslim ni.

Dalam Hadis 40 karangan Imam Nawawi...
Terjemahannya : hadis 36

"Dari abi hurayrah r.a dari Nabi saw ia bersabda :
Barang siapa yg melapangkan dari orang mukmin kedudukan dunia, nescaya Allah melapangkan dia dari satu kedudukan dari segala kedudkan pada hari Qiamat. Dan barang siapa yg memudahkan ke atas orang yg susah nescaya Allah akan memudahkan atasnya dalam dunia dan akhirat. Dan barang siapa menutupi rahsia seorang Islam nescaya Allah menutupinya dalam dunia dan akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya, selama hamba-Nya itu dalam usaha menolong saudaranya.

Dan barangsiapa yang menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah mudahkan baginya satu jalan kepada Syurga. Dan tidak berhimpun satu kaum dalam satu rumah dari rumah2 Allah untuk membaca kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka melainkan diturunkan ke ats perhimpunan mereka itu ketenangan dan diliputi mereka itu oleh rahmat dan dilingkungi mereka itu oleh malaikat, dan Allah menyebut mereka kepada orang yg berada di sisi-Nya. Dan barangsiapa yg terlambat dengan dia amalanya, tidaklah akn segera naik dengan dia nisabnya(keturunannya).."

Riwayat Muslim...

Justeru itu, rujuk lah al-Quran dan sunnah jika ingin mendapatkan jawapan bagi sesuatu hukum itu...wallahu alam..

:)
pesanan dari :
Putera Mujahid Islam..

Mohamad Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan