Diumpat? Maka Gembiralah Kamu...jika kamu bersabar.


Kita diumpat? Tenang lah..tak perlu sedih ^^



Kisah Imam Hanifah saat diumpat oleh pekerjanya Jabar di kedai pakaian milik Imam Hanifah.

Jabar : Orang ramai mengatakan Imam Abu Hanifah itu warak, zuhud dan ulama yang hebat. Tapi aku nyatakan yang sebaliknya.

Ahmad : Mengapa kamu kata begitu?

Jabar : Umar al-Khatab cuma memiliki dua pasang pakaian. Dipakainya pakaian itu hingga bertampal-tampal sedangkan beliau tu khalifah. Tapi Imam Hanifah? Beliau bermewah-mewah dengan pakaiannya. Setiap hari tukar pakaian berharga. Sebbb tu aku kata dia bukan zuhud. Dia orang suka bermegah dan membazir.(dikatakan oleh jabar kuat2 supaya pelanggan di kedai Imam Hanifah mendengarnya )

Ahmad : Kamu datang nak beli pakaian atau mengumpat?

Jabar : Aku cakap benar walupun pahit.

Apabila dengar kata-kata itu, Imam Abu Hanifah pun datang kepadanya. Jabar rasa takut sekiranya dimarahi Imam Hanifah.

Imam Hanifah : Jangan takut, saya tidak marah kamu. Malah saya beri kamu hadiah seribu dirham.

Jabar : Aku menyangka tuan akan memukul atau memarahi saya. Tapi kenapa tuan tidak lakukan? Sebaliknya hadiahkan aku satu ribu dirham.

Imam Hanifah : Kamu memberi saya pahala kerana mengumpat. Kerana itu saya mahu membalas dengan memberi hadiah pada kamu. Tuhan mengurniakan saya rezeki hingga saya boleh membantu mereka yang memerlukan. Saya mempunyai sebuah kilang pakaian, kerana itu saya berpakaian cantik apabila menghadap Allah. Semua itu saya lakukan sebagai tanda kesyukuran.

Jabar berasa malu lalu beredar dari situ. Orang ramai dalam kedai tersebut memuji kesabaran Imam Abu Hanifah. Walaupun diumpat oleh Jabar, beliau tidak marah malah memberi seribu dirham kepadanya kerana yakin apabila seseorang itu kene umpat dia pasti dapat pahala.

Mohamad Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan