Antara Lelaki Dan Putera Mujahid Islam





Kata Seorang lelaki :

Eh2? Betul ke manusia ada kuasa ubah takdir sendiri? Mampu ke? kan Allah kate :

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya"
[ar-Ra'd : 11]

Kata Putera Mujahid Islam :

Hello, jangan salah faham dengan ayat itu ok.

Makna "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" adalah :

Allah swt akan tidak akan menarik nikmat manusia yang taat(beriman) kepada Allah kecuali mereka berubah menjadi derhaka(kafir) kepada Allah. Dan Allah akan memberi nikmat kepada manusia yang berubah daripada kafir menjadi taat.

Ayat "apa yang ada pada sesuatu kaum" membawa maksud nikmat yang Allah swt telah kurniakan pada kita.

Dan ayat "apa yang ada pada diri mereka sendiri" membawa maksud keimanan atau ketaatan manusia tersebut pada Allah.

Jangan nak pandai2 kata manusia ada kuasa ubah takdir dan Allah xde kuasa. Itu kamu merendahkan Allah. Dan Allah kata Kun Fayakun, maka jadilah ia. Dan Allah itu Maha Kuasa, Lagi Maha Pengampun..

Putera Mujahid Islam..

Mohamad Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan