Ketika Hadas Besar dan Tiada Air

Ilmu Feqah hari ini : Persoalan.
Bagaimanakah kalo kita sesat dalam hutan, kemudian kita dalam keadaan berjunub, dan belum mandi hadas. Kita dapati tiada air di sekeliling. Tapi anda mahu solat. Maka anda boleh tayammum :)

Dikuatkan oleh dalil hadis sohih :
Bukhari(341) dan Muslim(682) meriwayatkan dari Imran Bin Husain r.a., ia berkata : "Kami melakukan perjalanan bersama Rasulullah saw, lalu baginda mengimami kami solat." Tiba2, ada seorang sahabat yang memisahkan diri, maka baginda bertanya, "kenapa engkau tidak ikut solat?" Dia menjawab, "aku dalam keadaan hadas besar dan tidak menemui air(untuk mandi)". Rasul bersabda :
Ertinya :
Bertayammumlah, sesungguhnya itu sudah cukup bagi kamu.

Firman Allah swt :
Ertinya :
“Dan jika kamu berada dalam keadaan junub, maka bersucilah, jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air(kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah.”
[Al-Maidah : 6]

Putera Mujahid Islam... :)

Mohamad Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan