‎~Kisah Nabi Muhammad saw Bersama Bapa Saudaranya berangkat ke Syams~

‎~Kisah Nabi Muhammad saw Bersama Bapa Saudaranya berangkat ke Syams dan Pendeta Bahira~

Ingatlah kisah di mana Nabi saw ketika kecil, dibawa berniaga oleh pakciknya ke Syams.

Di sebuah gereja yang menjadi tempat persinggahan musafir dan peniaga untuk berehat, seorang pendeta melihat awan. Awannya bergerak aneh, sekejap ke kanan, sekejap ke belakang, sekejap ke depan. Seolah-olah mengikut sesuatu.

Makin lama awan itu makin hampir, lalu pendeta ini terlihat sekumpulan manusia berjalan menghampiri tempatnya. Awan itu turut serta. Akhirnya, sekumpulan manusia yang terdiri dari peniaga itu bertuduh di hadapan gerejanya itu. Awan itu berkompol di atas golongan itu.

Pendeta itu yang pasti ingin tahu, siapakah lelaki yang dilindungi awan itu, mendapat 1 idea untuk ketahui sapa gerangan lelaki yg dilindungi itu. Maka pendeta itu menjemput sekalian orang itu untuk jamu makan di dalam rumah pendeta Bahira. Maka semua orang masuk, tapi awan itu tidak berganjak. Pendeta itu menahan bapa saudara Muhammad saw, Abu Talib, lalu berkata "Ada orang lagi yang tinggal?". Jawabnya, "hanyalah anak saudaraku, ia masih kecil..tidak layak sertai jamuan orang dewasa ini." Pendeta itu memberitahu supaya dipanggil anak itu. Apabila anak itu bergerak, maka awan itu bergerak. Ternyata awan itu bergerak di mana sahaja anak itu bergerak, untuk melindungi nya.

Gembiralah pendeta itu pabila ketahui bahwa ciri-ciri anak itu ada dinyatakan dalam al-kitab. Maka ia berusaha untuk ketahui ciri-ciri kerasulan baginda saw yang seterusnya.

Selsai makan, pendeta itu bertanya pada Abu Talib : Anak siapakah ini? Abu Talib jawab : Anak aku.

Pendeta itu merasa pelik, kerana bapa kepada anak yang bakal menjadi rasul itu, sepatutnya sudah meninggal dunia. Kemudian ia bertanya lagi, adakah anak itu anak kandungnya? Jawab Abu Talib : "Tidak, aku menjaganya kerana bapanya meninggal dunia ketika anak ni masih dalam kandungan ibunya." Maka jelas tanda kerasulannya yang kedua. Pendeta itu bertambah yakin bahwa anak ini adalah seorang rasul.

Pendeta itu ingin tahu banyak lagi. Maka ia berkata pada anak berumur 9 tahun itu, "Hai Muhammad, demi Al-Laata dan Al-Uzza, mahukah kamu menerangkan segala perkara yang aku tanyakan padamu?"

Pendeta itu bertanya dengan bersumpah atas nama berhala sembahan arab ketika itu semata-mata meniru kebiasaan orang arab. Mendengar pertanyaan yang didahului nama berhala itu, Muhammad saw menjadi marah lalu mejawab : "Janganlah tuan bertanya saya dengan menyebut nama berhala, Demi Allah tidak ada sesuatu yang lebih saya benci berbanding berhala itu."

Maka Yakinlah pendeta itu bahawa Muhammad saw ini bakal diangkat menjadi Rasul. Pendeta ini bertanya tentang makan, tidur dan lain-lain mengenai Muhammad ini, bertambah yakin ia tentang ia bakal menjadi rasul. Akhirnya Bahira memeriksa belakang Nabi Muhammad saw, antara dua bahunya ada kalimah dipercayai tanda kenabian, yang mashur dinamakan KHatimun Nubuwah. Dengan semua bukti itu, hilanglah keraguan dalam hati pendeta tentang anak ini bakal diangkat menjadi rasul.

Pendeta menyuruh Abu Talib membawa anak ini pulang semula kerana risau akan dicederai oleh orang kafir seandainya melihat tanda kenabiannya. Memandangkan mereka datang dengan 1 khalifah, maka mereka terpaksa batalkan permintaan pendeta itu. Namun Abu Talib berjanji akan menjaga Muhammad saw sebaik-baiknya. Kasihnya pada Nabi Muhammad saw makin bertambah.

Kisah ana kongsikan bersama semua : Putera Mujahid Islam :) Jazakalllahu khoiron sudi membaca untuk menambahkan ilmu.

Mohamad Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan