Adakah al-Quran itu Rekaan Muhammad SAW?



Assalamualaikum kepada semua pembaca rahimahullah.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, milik Dia sahaja, yang menciptakan segalanya dengan kehendakNya. Kali ini, insha-Allah, saya ingin mengupas topik yang menjadi buah mulut orang sekarang. Yang sering dibualkan dalam soal-soal agama, yang ada diantara umat Islam tidak mampu menjawab kerana ketandusan atau kekurangan ilmu agama.

Benarkah seperti kata orang kafir, bahawa Quran itu rekaan dari Muhammad? Benarkah begitu saudara saudari? Astaghfirullahal adzim! Kita sebagai umat Islam yang beriman, wajib mempercayai bahawa al-Quran itu adalah wahyu dari Allah yang Allah turunkan kepada Muhammad solallahu ‘alaihi wasallam melalui perantaraan Jibriel alaihissalam.

Pertama sekali, saya ingin bertanya kepada anda. Terutama kepada penulis novel dan sebagainya. Seandainya diberi satu lembaran kertas kepada anda, apakah yang anda akan tulis ikut hati anda? Sudah pasti anda akan tulis mengenai isteri anda, ibu anda, anak-anak anda bukan? Ataupun kenderaan yang anda sukai. Ya, YANG ANDA SUKAI. Tapi lihat dalam al-Quran. Terdapat Surah Maryam sempena keistimewaannya Maryam, yang Allah muliakan Maryam ini. Masha-Allah.

Tapi tidakkah anda fikir? Kenapa Nabi Muhammad letak nama Surah Maryam? Cuba anda fikirkan. Mesti terlintas dalam hati anda, “Kalau aku, mesti aku letak nama Isteri aku ke, atau anak-anak aku ke…kenapa pula Maryam? Ini kan hasil tangan aku?” bukan? Kenapa Nabi Muhammad solallahu alaihi wasallam meletak nama Maryam andai dia yang MENULIS kitab Suci al-Quran ini? Kenapa tidak Siti Khadijah nama isterinya? Kenapa tidak Fatimah nama anaknya? KENAPA? Tidak! Tidak!
Allah Maha Tinggi IlmuNya berfirman :

وَمَا یَنۡطِقُ عَنِ الْہَوٰی ؕ﴿۳﴾
“Dan tidaklah (al-Quran) yang diucapkannya itu menurut keinginannya.”
[An-Najm : 3]

Ya, saya pasti anda sudah tahu jawapannya. Kerana al-Quran ini BUKAN hasil kerjanya Muhammad solallahu alaihi wasallam! Ia adalah sebuah suruhan dari yang Maha Kuasa! Yang Maha Tinggi IlmuNya hingga mampu cipta al-Quran, iaitu Allah tabaraka wata’ala. Allahu akbar. Baginda Muhammad solallahu alaihi wasallam tiada pilihan lain, kerana ini Perintah Allah Maha Kuasa.
Allah Maha Kuasa berfirman :

 اِنْ ہُوَ اِلَّا وَحْیٌ یُّوۡحٰی ۙ﴿۴﴾
“Tidak lain(al-Quran itu)adalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).”
[an-Najm : 4]
Keduanya, tidakkah anda tahu siapa itu Muhammad? Dia adalah Ummiy dari bahasa arab yang bermaksud “Tidak tahu membaca atau menulis”
Allah berfirman lagi :
اَلَّذِیۡنَ یَتَّبِعُوۡنَ الرَّسُوۡلَ النَّبِیَّ الۡاُمِّیَّ الَّذِیۡ یَجِدُوۡنَہٗ مَکْتُوۡبًا عِنۡدَہُمْ فِی التَّوْرٰىۃِ وَالۡاِنْجِیۡلِ۫...

“(Iaitu) orang yang mengikuti rasul, nabi yang Ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil….”
[Al-A’raf : 157]

Logik kah seseorang yang tidak tahu membaca, tidak tahu menulis itu membikin kitab Suci Al-Quran yang sekarang ini berjuta orang mengimaninya dan tidak ada kesalahan sikit pun di dalamnya? Logik tak ikut otak anda? Sedangkan orang sasterawan dunia pun tidak mampu membuat satu surah, apakan lagi orang yang tidak tahu membaca ini. Mustahil bukan? Justeru, siapa yang buat kitab ini? Siapa lagi kalau bukan Allah subhana wata’ala.

Apakah ini tidak jelas bagi anda? Apakah lagi yang anda mahukan sebagai jawapan? Ini bukti kukuh, yang jelas sekali dinyatakan. Insha-Allah, serba sedikit ilmu ini sampaikanlah pada yang lain. Allah berkati kamu atas jasamu dalam menegakkan Islam ini. 

Mohamad Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan