Habil Dan Qabil -- Jenayah Pertama Dunia


Bismillahi ar-Rahmaan ar-Raheem





Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog “Aku Cintakan Islam” ini. Alhamdulillah, pertama sekali perlulah kita mengucapkan syukur yang teramat sangat kepada Allah kerana – Dengan IzinNya – kita dapat bersama-sama menuntut ilmu seperti yang diperintahkan Allah, bahawa menuntut ilmu itu suatu kewajipan, lebih-lebih lagi ilmu fardhu Ain, yakni Ilmu al-Quranul Kareem, ilmu akhirat dan lain-lain.

Apa yang ingin saya ceritakan adalah kisah Habil dan Qabil, atau nama mereka dalam bahasa Inggeris adalah Abel dan Cain. Siapa dia Habil Qabil ini? Apakah jenayah yang dilakukan? Bagaimana kisahnya seperti dinyatakan dalam al-Quran. Kisahnya telah pun dikisahkan oleh Imam Ibnu Katsir, iaitu al-Hafidh Quran yang terkenal dan penulis kitab Tafsir Ibnu Katsir(serba sedikit tentang Imam ini).

Habil dan Qabil

………………………………………………………………………………………………

 وَاتْلُ عَلَیۡہِمْ نَبَاَ ابْنَیۡ اٰدَمَ بِالْحَقِّ ۘ اِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنۡ اَحَدِہِمَا وَلَمْ یُتَقَبَّلْ مِنَ الۡاٰخَرِ ؕ قَالَ لَاَقْتُلَنَّکَ ؕ قَالَ اِنَّمَا یَتَقَبَّلُ اللہُ مِنَ الْمُتَّقِیۡنَ ﴿۲۷﴾

27. Ceritakanlah kepada mereka kisah dua orang putera Adam(Habil dan Qabil) yang telah berlaku dengan sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima daripada salah seorang dari mereka berdua(Habil) dan tidak diterima daripada yang lain(Qabil). Dia(Qabil) berkata : “Aku pasti membunuhmu!” Habil berkata : “Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa”


 لَئِنۡۢ بَسَطۡتَّ اِلَیَّ یَدَکَ لِتَقْتُلَنِیۡ مَاۤ اَنَا بِبَاسِطٍ یَّدِیَ اِلَیۡکَ لِاَقْتُلَکَ ۚ اِنِّیۡۤ اَخَافُ اللہَ رَبَّ الْعٰلَمِیۡنَ ﴿۲۸﴾

28. “Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam.”


 اِنِّیۡۤ اُرِیۡدُ اَنۡ تَبُوۡٓاَ بِاِثْمِیۡ وَ اِثْمِکَ فَتَکُوۡنَ مِنْ اَصْحٰبِ النَّارِ ۚ وَذٰلِکَ جَزٰٓؤُا الظّٰلِمِیۡنَ ﴿ۚ۲۹﴾

29. “Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan(membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan jadi penghuni neraka; dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang yang zalim.”


فَطَوَّعَتْ لَہٗ نَفْسُہٗ قَتْلَ اَخِیۡہِ فَقَتَلَہٗ فَاَصْبَحَ مِنَ الْخٰسِرِیۡنَ ﴿۳۰﴾
30. Maka hawa nafsu Qabil telah menjadikannya tergamak untuk membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnya, maka jadilah dia termasuk orang yang rugi.


فَبَعَثَ اللہُ غُرَابًا یَّبْحَثُ فِی الۡاَرْضِ لِیُرِیَہٗ کَیۡفَ یُوٰرِیۡ سَوْءَۃَ اَخِیۡہِ ؕ قَالَ یٰوَیۡلَتٰۤی اَعَجَزْتُ اَنْ اَکُوۡنَ مِثْلَ ہٰذَا الْغُرَابِ فَاُوٰرِیَ سَوْءَۃَ اَخِیۡ ۚ فَاَصْبَحَ مِنَ النّٰدِمِیۡنَ ۳۱﴾

31. Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk menunjukkan kepadanya(Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Qabil berkata : “Aduh celaka aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu dapat menguburkan mayat saudaraku ini?” Maka jadilah dia termasuk orang yang menyesal.

[al-Ma'idah : 27 - 31]
………………………………………………………………………………………………


Dikisahkan daripada as-Sadiy dengan kebenaran dari Abu Malik dan Abu Salih selepas Ibn Abbas(rahimahullah), dan dengan kebenaran daripada Ibn Mas’ud dan teman-teman bahawa Adam(alaihissalam) mendapat anak lelaki dari satu kelahiran berkawin dengan wanita daripada kelahiran lainnya pula. Sepatutnya Habil berkawin dengan adik saudaranya Qabil yang lebih cantik daripada wanita-wanita lain. Pada masa yang sama, Qabil juga mahukan adiknya ini. Adam alaihissalam mengarahkan Qabil untuk membenarkan adiknya itu berkawin dengan Habil, namun dia(Qabil) menolak. Adam alaihissalam kemudiannya menyuruh mereka(Habil dan Qabil) mempersembahkan korban kepada Allah Maha Kuasa. Sementara itu, Adam berangkat ke Mekah untuk melaksanakan ibadah haji. Sebelum berangkat, Adam alaihissalam cuba menyerahkan tugas(korban tadi oleh anak mereka) kepada syurga, bumi dan akhirnya bukit, namun semuanya menolak. Makanya, Qabil menerima tanggungjawab itu dan setelah Adam alaihissalam berangkat, mereka(Habil dan Qabil) serahkan korban mereka kepada Allahu ta’ala. Habil persembahkan kambing yang gemuk, manakala Qabil persembahkan tumbuhan-tumbuhan yang teruk. Kemudian, api dari langit turun dari syurga dan mengambil korban yang dipersembahkan oleh Habil, dan biarkan apa yang Qabil persembahkan tanpa diusik. Qabil menjadi sangat marah dan berkata pada saudaranya : Aku akan bunuh kamu supaya tidak mengahwini adik aku, dan Habil berkata : {“Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada Muttaqun(orang yang bertakwa)”}.

Abdullah ibn ‘Amr rahimahullah berkata : “Demi Allah! Yang terbunuh itu(Habil) lebih kuat daripada yang pembunuh(Qabil) tapi dia tidak mahu walaupun mengangkat tangannya kepada saudaranya itu kerana sifat ketaatan dan takut kepada Tuhan.”
Abu Ja’far al-Baqir menyebut bahawa Adam alaihissalam ada sewaktu Habil dan Qabil mempersembahkan korban mereka. Setelah korban Habil diterima, Qabil berkata pada Adam alaihissalam, “Korbannya diterima kerana kamu merayu kepada Allah untuk Habil”. Dan dia senyap-senyap menyimpan sesuatu untuk saudaranya. Satu hari, Habil terlambat dan Adam suruh Qabil mencarinya. Mereka saudara itu bertemu dan Qabil berkata : “Korban kamu diterima tapi tidak pula korban aku.” Habil berkata : {“Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada Muttaqun(orang yang bertakwa)”}. Qabil menjadi marah lalu memukul saudaranya itu dengan batang besi dan Habil mati sekaligus.

Disebutkan bahawa : “Qabil membunuh Habil dengan melempar batu pada kepala Habil saat dia sedang tidur”. Juga disebut : “Qabil mencekik Habil dengan sangat ganas dan tumbuk dia hingga mati bagaikan binatang buas”. Bagaimanapun, kata-kata Habil ketika Qabil mengugut untuk membunuhnya : {Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam.}[al-Maidah : 28], menunjukkan ketaatan Habil kepada Allah yang sangat sempurna yang walaupun dia boleh bunuh saudaranya itu, berbeza dengan sifat Qabil. Dengan ini, Abu Bakrah rahimahullah meriwayatkan bahawa Rasulullah solallahu alaihi wasallam bersabda :
“Apabila dua orang Muslim bertemu dan salah seorang dari mereka membunuh saudaranya itu dengan senjata, kedua-duanya masuk ke Neraka.” Dia [Ahnaf, salah seorang daripada pencerita] berkata, atau telah dikatakan : “Ya Rasulallah! Itu adalah kes untuk si pembunuh, bagaimana pula dengan yang dibunuh(kenapa pula dia dimasukkan ke neraka)?” Kemudian Rasulullah sollallahu alaihi wasallah bersabda : “Dia juga berniat mahu membunuh saudaranya.”

Allah Maha Kuasa berfirman :
{“Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan(membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan jadi penghuni neraka; dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang yang zalim.”}[al-Maidah : 29],Yakni : Aku tidak ada niat mahu melawan kamu walaupun aku jauh lebih kuat dan hebat dari kamu, tetapi kamu akan{(membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri} yakni : kau akan membawa dosa membunuhku bersama dosamu yang lalu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan at-Tirimidhi dengan kebenaran oleh Sa’ad bin Abu Waqqas daripada Uthman Bin Affan yang dibaca : Aku mempersaksikan bahawa Rasulullah solallahu alaihi wasallam bersabda :
“Akan datang akan tiba suatu masa kekacauan di mana orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri dan orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari.”
Seseorang berkata : “Ya Rasulullah! Apa pendapatmu seandainya seseorang masuk ke rumahku dan regangkan tangannya untuk membunuhku?”
Rasulullah solallahu alaihi wasallam bersabda : “Jadilah seperti anak Adam(Habil)”

Diriwayatkan pula oleh Ibn Mardwiyah oleh Hudzaifah Ibn al-Yaman dalam sebuah riwayat lain : “Jadilah sebaiknya seperti dua anak Adam.”
Allah Maha Kuasa berfirman :
{Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk menunjukkan kepadanya(Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Qabil berkata : “Aduh celaka aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu dapat menguburkan mayat saudaraku ini?” Maka jadilah dia termasuk orang yang menyesal.}[al-Maidah : 31]
Sesetengah penterjemah berkata : “Setelah Qabil sudah bunuh saudaranya, dia membawa Habil di belakangnya dalam beberapa tahun penuh(maksudnya : dia tidak tahu mahu lakukan apa dengan mayat itu!)”. Dalam terjemah lain pula mengatakan : “Dia membawa Habil di belakangnya selama seratus tahun hingga Allah tabaraka wata’ala menghantar dua burung gagak yang bergaduh. Satu darinya mati. Pembunuh itu menggali tanah untuk menyorokkan mayat yang mati tadi. Melihat kejadian itu, Qabil berkata : “Aduh, celaka aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?” Kemudian dia menanam mayat Habil dan menimbusnya dengan tanah.

                                                     

Mohamad Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan