Kisah Wanita Diserang Penyakit Kanser


Kisah Wanita Diserang Penyakit Kanser



﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
 “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

………………………………………………………………………………………

Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.

Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan RasulNya.

Alhamdulillah, di sini dapat saya kongsikan kepada anda sebuah kisah yang membuatkan saya memuji Allah. Sebuah kisah yang membuatkan air mata saya tertitis. Sebuah kisah taubat oleh seorang wanita yang mempunyai sakit kanser. Ia tak punya harapan lagi kecuali kepada Allah yang dia tidak kenal sebelum ini. Dia menghadapkan diri kepada-Nya di Baitullah yang suci, dan di sanalah terdapat kesembuhan. Sekarang, pembaca rahimahullah! Saya biarkan anda bersama saudari Laila menceritakan kisahnya sendiri.
  
Dia berkata : “Sembilan tahun yang lalu aku diserang oleh sakit kanser yang bahaya sekali. Semua orang tahu bahawa nama itu cukup mengerikan. Di sana, di Maroko, kami tidak menyebutnya kanser, melainkan Ghaul atau penyakit ganas.”
  
“Aku diserang di hati bahagian kiri. Semula imanku kepada Allah amat lemah dan aku telah melupakan-Nya. Ku kira kecantikan manusia itu abadi sepanjang hidup, begitu pula masa muda dan kesihatannya. Aku tak pernah sangka bahawa suatu masa nanti aku akan ditimpa sakit ini. Maka ketika aku menghidap sakit ini, maka tergoncanglah diriku dengan dasyatnya. Aku berfikir untuk lari, tapi ke mana? Sedangkan sakitku ini akan ikut aku ke mana sahaja aku pergi. Aku berfikir untuk bunuh diri, tetapi aku cintakan suami dan anak-anakku. Aku tidak berfikir bahawa Allah akan seksaku bila aku bunuh diri, kerana seperti yang aku katakan, aku telah lalai kepada Allah!”

 “Allah mengkehendaki hidayah buatku dengan cara penyakit ini, juga hidayah terhadap banyak orang mengenai sakitku ini. Maka segalanya mula berkembang.”

 Ketika diserang sakit tersebut, aku berangkat ke Belgia dan mendatangi sejumlah doktor di sana. Mereka memberitahu suamiku bahawa payu daraku harus dibuang. Dan setelah itu, ubat-ubatan yang tajam yang boleh menggugurkan rambut, menghilangkan bulu mata dan alis, juga boleh menumbuhkan janggut di wajah sebagaimana boleh menggurkan kuku dan gigi. Aku menolak secara total dan berkata : “Lebih baik mati dengan payu dara, rambut dan semua yang diciptakan Allah, tanpa cacat.” Aku minta agar doktor itu memberikan kepadaku perubatan ringan sahaja. Mereka setuju.

  “Aku pulang ke Maroko dan menggunakan ubatan itu tapi tidak memberi sampingan apa-apa. Aku gembira mengenainya dan berkata dalam hati : “Barangkali doktor-doktor itu salah, dan aku tidak menghidap kanser.”
  “Tetapi setelah lebih kurang enam bulan, berat badanku mula menurun, warna tubuhku banyak berubah dan aku merasa ragam sakit yang selalu datang kepadaku. Doktor peribadiku di Maroko menyarankan agar aku bertolak ke Belgia. Maka aku pun berangkat ke sana.”

  “Dan di sana, terjadilah satu musibah. Doktor-doktor berkata kepada suamiku bahawa penyakitku telah merata, dua paru-paruku telah diserang dan dalam keadaan sebegini, tiada ubat lagi. Kemudian mereka sarankan kepada suamiku : “Lebih baik tuan membawa isteri tuan pulang ke negeri semula sehingga meninggal di sana.” Suamiku terkejut mendengarnya. Dan bukan pulang ke Maroko, tapi kami pergi ke Perancis di mana kami sangkakan ada ubat di sana, namun malangnya tiada. Akhirnya, kami ingin minta bantuan seseorang di sana untuk bawaku ke rumah sakit dan potong payu daraku dan gunakan ubat yang keras.”

  “Akan tetapi, suamiku teringat akan sesuatu yang kami telah lalai selama ini. Allah telah mengilhamkan suamiku untuk berkunjung ke Baitul Haram[Makkah] bersimpuh di hadapan Allah dan memohon kepada-Nya berkenaan dengan apa yang kami derita. Dan itulah yang kami lakukan.”

  “Kami keluar dari kota Paris, bertahlil dan bertakbir. Aku bergembira sekali kerana untuk pertama kalinya aku akan memasuki Baitullah yang suci, dan melihat Ka’abah yang mulia. Dari kota Paris, aku membeli mushaf[Al-Quran] dan bertolak menuju kota Makkah Al-Mukarramah.”

  “Kami tiba di Baitullah. Ketika kami masuk dan melihat Ka’abah, aku menangis dengan deras menyesali kewajipan-kewajipan yang telah ku abaikan iaitu solat, khusyuk dan merendah diri kepada  Allah. Dan kupanjatkan doa : ‘Ya Rabbi…semua doktor telah menyerah dan tak sanggup mengubatiku, dan Engkau, dari Mu lah penyakit dan dari Mu jualah ubatnya. Telah Engkau tutup semua pintu di hadapanku, tiada lagi bagiku kecuali pintu-Mu, maka janganlah Engkau tutup di depanku.”

  “Aku tawaf mengelilingi Ka’abah dan banyak memohon kepada Allah agar tidak mengecewakan aku dan tidak menghinaku, meskipun telah membuat para doktor bingung denganku.”

  Seperti yang telah aku katakan sebelum ini bahawa pada mulanya aku lalai kepada Allah dan masa terhadap agamanya. Maka kini aku berkeliling mendatangi para ulama dan para Syaikh yang ada di sana. Aku bertanya agar mereka tunjukkan buku-buku atau doa-doa yang mudah dan sederhana hingga aku boleh mengambil faedah darinya. Mereka banyak menasihatiku agat membaca al-Quran dan minum air zam-zam sampai kenyang, iaitu setelah merasakan air sampai ke tulang rusuk. Sebagaimana mereka juga menasihatiku agar perbanyakkan zikir kepada Allah dan membaca selawat ke atas Rasulullah .”

  Aku merasakan ketenangan jiwa dan ketenteraman ketika berada di rumah suci Allah. Maka aku meminta kepada suamiku untuk tetap tinggal di Masjid Haram, tidak pulang ke hotel. Dia mengizinkan.

  Di Masjidil Haram, di sisiku ada beberapa akhwat[saudara-saudara wanita] dari Mesir dan Turki, mereka melihatku banyak menangis, maka mereka bertanya sebabnya. Aku katakan : “Sebab aku telah sampai ke Baitullah, padahal aku tidak pernah menyangka akan mencintainya sedemikian rupa. Dan kedua, aku diserang sakit kanser.”

  “Mereka sertaiku dan tidak mahu meninggalkanku. Lalu aku ceritakan aku akan beriktikaf di Baitullah, maka mereka memberitahu suami masing-masing dan tinggal bersamaku. Kami tidak banyak tidur dan tidak banyak makan, tapi aku banyak minum air zam-zam. Rasulullah bersabda : “Air zam-zam itu bergantung untuk apa diminum.” Jika engkau minum untuk kesembuhan, maka engkau akan disembuhkan. Jika kerana mahukan perlindungan, maka engkau akan dilindungi.”

  “Allah telah menghilangkan rasa laparku, padahal aku selalu tawaf tidak henti-henti, solat dua rakaat kemudian tawaf lagi, minum air zam-zam dan perbanyakkan baca Al-Quran. Begitulah keadaanku siang dan malam, tidak tidur kecuali sebentar.”

  “Ketika tiba di Baitullah, tubuhku kurus sekali. Dan separuh bahagian atas terdapat banyak bintik-bintik dan bengkak-bengkak yang membuktikan meratanya kanser di tubuh bahagian atas. Mereka menyarankan agar aku membasuh separuh tubuh bahagian atasku dengan air zam-zam, tetapi aku takut untuk sentuh bintik-bintik dan bengkak-bengkak tersebut. Aku teringat penyakit itu dan menganggu ibadahku kepada-Nya. Maka aku basuh tanpa harus menyentuh tubuhku.”

“Hari kelimanya, temanku mendesak agar aku mengusap tubuhku dengan air zam-zam. Sekali lagi aku menolak, tetapi aku rasakan ada kekuatan yang mendorongku untuk mengambil sedikit air zam-zam dan usapkan pada tubuhku dengan tangan. Petama kalinya aku takut, kemudian aku rasakan kekuatan itu untuk kali kedua, aku masih ragu-ragu, tapi untuk kali ketiga tanpa aku sedari aku mengambil air dengan tanganku dan kuusapkan pada tubuh dan payudaraku yang semuanya penuh darah, nanah dan bintik-bintik. Dan terjadilah sesuatu yang diluar jangkaan, semua bintik-bintik telah lenyap dan tidak kutemukan sedikit pun pada tubuhku, baik rasa sakit, darah mahupun nanah.”

  “Pada mulanya aku terkejut, kumasukkan tangan ke dalam baju untuk meraba apa yang ada pada tubuhku namun tak kujumpai sedikit pun dari bengkak tersebut. Aku gementar, kemudian aku ingat kepada Allah berkuasa atas segala sesuatu. Maka kuminta salah seorang temanku meraba tubuhku dan meneliti bintik-bintiknya, mereka semua teriak : “Allahu Akbar…Allahu Akbar…!”

  “Aku berangkat untuk memberitahu suamiku, dan aku pun masuk ke hotel. Ketika aku telah berdiri di depannya, ku koyakkan bajuku sambil berkata : “Lihatlah rahmat Allah” dan kuceritakan apa yang terjadi. Dia hampir tidak percaya, lalu menangis dan berteriak dengan suara kuat : “Tahukah engkau bahawa para doktor telah bersumpah yang engkau ada tiga minggu sahaja untuk hidup sebelum ketibaan ajalmu?” Kujawab : “Ajal itu berada di tangan Allah subhana wata’ala dan tiada yang tahu masalah ghaib kecuali Allah.”

  Kami tinggal di Baitullah seminggu penuh. Aku memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas segala nikmat-Nya yang tidak terbilang. Kemudian kami mengunjungi masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah, dan kami kembali ke Perancis.”

  Dan di sana, para doktor bingung secara total mengenai persoalanku, mereka kaget seolah-olah hampir jadi gila, lalu menanyaiku : “Apakah anda si Fulanah dahulu itu?” Aku katakan dengan bangga kepada mereka “Ya, dan suamiku adalah Fulan. Aku telah kembali kepada Tuhanku dan tidak lagi takut terhadapa apa pun kecuali Allah SWT. Segala putusan adalah putusan Allah, dan segala urusan adalah urusan-Nya.”

  “Meraka katakan padaku : “Sesungguhnya keadaan puan aneh sekali, dan bengkak telah hilang maka harus dilakukan pemeriksaan kembali.” Mereka mengulangi pemeriksaanku untuk kali kedua, tapi tidak mendapatkan apa-apa, padahal sebelum ini aku susah untuk bernafas kerana bengkak itu. Akan tetapi setelah aku tiba di Baitullah yang suci untuk memohon kesembuhan dari Allah, maka hilanglah semua itu dariku.”

  “Setelah itu, kupelajari perjalanan Nabi dan perjalan para sahabat baginda , semoga Allah meredhai mereka. Aku banyak menangis menyesali apa yang telah aku lewati tanpa mencintai Allah dan Rasul-Nya, juga hari-hari yang telah kuhabiskan jauh dari Allah SWT. Aku memohon kepada Allah agar berkenan menerimaku dan mengampuniku, serta suamiku dan sekalian umat Islam.”

Mohamad Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

4 ulasan:

  1. takbir!!
    Allahu Akbar...
    Subhanallah, Masya Allah..Allahu Akbar..
    hanya tu terucap...thanks 4 this story...
    syukran kathiran...

    BalasPadam
  2. Jazakallah =) semoga kisah2 taubat sahabat Islam kita menjadi tauladan buat kita semua, insha-Allah.

    BalasPadam
  3. kisah yg sgt mnyentuh hti dan perasan utk mngingati manuasi tentang penciptaNya

    BalasPadam
  4. Terima kasih ye mawar kerana sudi baca, moga kita semua mendapat rahmat ilahi..ameen =)

    BalasPadam