Kesalahan Dalam Solat – Isbal


Kesalahan Dalam Solat – Isbal


Memangjangkan pakaian melebihi buku lali (Isbal) jika bertujuan untuk menyombongkan diri, maka itu diharamkan. Jika dilakukan tanpa ada tujuan apa pun, maka makruh hukumnya (perkara ini sama juga ketika waktu bukan solat, dan jika dilakukan ketika solat, maka lebih makruh).

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibn Mas’ud, Nabi bersabda:

“Sesiapa yang kainnya melebihi buku lali(Isbal) dalam solat kerana sombong, maka dia (tidak perlu lagi melakukan perbuatan) halal atau haram pada mata Allah (Allah tidak peduli padanya lagi).”
[Sahih al-Jami’ : 6012]

Namun, jika dilakukan tanpa rasa sombong:

Dari Abu Hurairah , Nabi bersabda:

“Kain yang di bawah buku lali, tempatnya di Neraka.”

[Sahih Bukhari (5787) dan An-Nasa’I (8/207)]

Pesanan daripada penulis, silalah lipat kain seluar anda sedikit atas buku lali, biarlah orang mencemuh kita ini, kita dengan mereka tiada beza, sama-sama makhluk yang hina yang dicipta dari air mani. Kepada para Imam yang dirahmati Allah, sebelum memulakan solat, dinasihati agar anda menegur para jemaah makmum  untuk melipat seluar mereka  atas buku lali. Insha-Allah, solat lebih diberkati. Ameen.

Dari Abu Dzar bahawa Rasulullah bersabda:

“Tiga golongan yang tidak akan diajak bercakap oleh Allah pada Hari Kiamat, Allah tidak akan melihat dan menyucikan mereka, serta bagi mereka azab yang pedih. Mereka adalah (1) orang yang memanjangkan kainnya, (2) orang yang suka mengungkit-ngungkit kebaikan/pemberian dan (3) orang yang menawarkan barang dagangannya dengan sumpah palsu(Dalam lafaz lain disebut – Dengan sumpah dusta).”

[Sahih Muslim (106) dan Ahmad]

Mohamad Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan