Sedekah Anak Untuk Kedua Orang Tuanya Yang Meninggal




﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

…………………………………………………………………

“Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalah, wa ashadu ‘anna Muhammad ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.”

“Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan RasulNya.”
…………………………………………………………………

Alhamdulillah, sekali lagi syukur ke-hadrat ilahi kerana diberi peluang keemasan ini untuk memberikan ilmu yang bermanfaat kepada anda semua. Saya akan memberikan penerangan yang mudah dan jelas setiap kali saya menulis, dengan harapan anda semua mudah mengamalkan ilmu yang saya kongsikan ini.

Huraian:

Perkara yang akan dibawa ke dalam kubur adalah (1) Sedekah, (2) Ilmu yang bermanfaat, (3) serta doa anak soleh yang mendoakannya.

Nabi Muhammad telah memberikan huraian mengenai hal ini dengan lebih mendalam berdasarkan hadis.

Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah bersabda:

“Jika  seorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: (1) Sedekah jariyah,  (2) atau ilmu yang bermanfaat, (3) atau anak soleh yang mendoakannya.”
[HR Muslim (1631)]

Anak-anak  boleh melakukan perkara soleh atas nama ibu atau ayahnya, berdoa atau bersedekah atau melakukan amalan baik atas nama ibu ayahnya, kerana seperti sabda baginda tadi {atau anak soleh yang mendoakannya}. Dalilnya adalah hadis sahih berikut:

Dari Aisyah Ummu Mukminin bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi :

“Sesungguhnya ibuku meninggal dunia secara mendadak dan aku mengira andaikan ia  dapat berbicara tentu ia akan bersedekah. Apakah ibuku akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya (atas namanya)?” Beliau bersabda : “Ya.”
[Muttafaq ‘alaih: HR Bukhari (1388) dan Muslim (1004)]

Lelaki tersebut mengatakan {jika aku bersedekah untuknya (atas namanya)} yakni, lelaki itu ingin bersedekah namun diniatkan sedekahnya itu atas nama ibunya, maka Nabi mengatakan {Ya} yakni, ibunya akan mendapat pahala atas sedekah  anaknya itu.

Maka di sini, doa anak-anak soleh solehah amatlah penting untuk kita, kerana atas usaha kita mendidik mereka menjadi anak beriman terhadap Allah, kita diselubungi ketenangan di kubur kelak.

Dari Abu Hurairah dari Nabi , beliau bersabda:
“Jiwa (roh) seorang mukmin itu bergantung kepada hutangnya hingga ada yang melunasi hutangnya.”
[HR at-Tirmidzi (1078), beliau mengatakan hadis ini hasan. Syeikh Albani mensahihkan hadis ini dalam Sahih Al-Jami’ (2099)]

Maksudnya, anak-anak perlulah membantu ibu bapanya yang sudah tiada untuk melangsaikan hutang-piutang mereka, kerana yang paling hampir dengan mereka adalah anak-anak mereka sendiri.

Mohamad Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan