Khas Untuk Ibu Ayahku(Dari Penulis)




Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat pembaca semua.

Jazakumullah saya ucapkan kepada anda semua kerana sudi membaca di blog kecil saya ini. Artikel ini saya tulis khas untuk ibu ayah saya.

Ibu saya bernama Siti Zainun Binti Baharudin, umur 42 tahun. Alhamdulillah, beliau masih lagi menghembuskan nafas untuk melihat anak-anaknya membesar.

Sebagai seorang anak, tidak banyak yang dapat kami bantu terutama dalam kewangan. Ibu saya mula membuka sebuah tadika kanak-kanak ketika saya darjah 2. Sekarang tadika ibu saya sudah berjalan selama 10 tahun lebih kurang.

Tugasnya mendidik anak-anak kecil, menulis, membaca, mengaji Al-Quran dan banyak lagi. Saya mohon jasa anda semua untuk mendoakan kejayaan ibu saya ini, beliau telah berkeras tulang dalam mendidik anak muridnya, sehingga ada yang sudah berjaya dan dapat belajar di sekolah-sekolah cemerlah. Hanya mendidik membaca, 'ABC', 'Alif Ba Ta', ibu saya masih lagi meneruskan usaha murninya...

Jika anda berminat untuk hantar anak ke tadika ibu saya, bolehlah mendaftarkan anak anda di alamat:

Tadika Matrix Islamic Educare Centre,
No 1719, Jalan Bayu 6,
Taman Seri Bayu 2,
78000, Alor Gajah,
Melaka.

Jika berminat untuk berikan sumbangan kepada ibu saya, ini adalah nombor akaun ibu saya:

0411 000006 7101 (Tadika Matrix)
Dan apakah lebih mulia daripada mendidik?

Ayah saya bernama Mohamad Zafrin Bin Haji Ali, berumur 45 tahun, seorang pendidik juga. Beliau bekerja sebagai seorang pelatih pemandu, yang mengajar anak muridnya memandu kenderaan. Beliau kerja di syarikat swasta Detik Erat(DE) di Masjid Tanah, Melaka.

Ayah saya banyak memberikan motivasi kepada saya, termasuklah didikan agama sejak saya kecil. Walaupun kebanyakan ilmu agama saya belajar daripada datuk saya, Haji Ali Bin Abdul Ghani. Boleh saya katakan, keluarga saya adalah pendidik, datuk saya mengajar J-QAF di surau Taboh Naning, Melaka. Tetapi sekarang sudah bersara, dan duduk di rumah bersama ayah saya. Umur datuk saya adalah 92 tahun, dan hafalan al-Quran masih di dalam kepalanya(betapa Allah memelihara hafizul Quran dan seorang guru al-Quran). Semoga Allah rahmati beliau.

Saya cuma memohon agar anda semua mendoakan yang terbaik untuk kami, doakanlah pintu rezeki kami terbuka agar hak sebagai pendidik dapat diperluaskan kepada ramai lagi pelajar yang akan mendapat manfaat darinya.

Apabila Allah memberikan ilmu kepada seseorang, maka Allah akan menuntut janji daripadanya agar mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain. [Petikan Ihya' Ulumuddin]
 Sekian daripada saya, Putera Mujahid Islam [Mohamad Zafranudin Ibn Mohamed Zafrin].


Putera Mujahid Islam

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan