Resepi Masakan : Kentang Putar 'Home Made'




#Kentang Putar#

6 biji kentang yang bersaiz besar.
2 sudu besar mentega
5 sudu besar susu segar
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.

Cara-cara :

1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang letak sedikit garam.. Bila dah empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata dan masukkan serbuk lada sulah.

Tambahan : Sekiranya nak rasa lebih lemak... Masukkan double cream atau whipping cream sebagai penambah rasa dalam kentang putar..

#Sos Kentang Putar#

Bahan-bahan :

700 ml air
1 biji bawang Holland (dadu)
1 batang saderi (dadu)
3 sudu besar serbuk Pati Ayam
2 kiub Pati Ayam Maggi
4 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Garam secukup rasa

Cara -cara :

Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, batang saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit..biar air rebusan suam skit pastu kisar dlm blender.

Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk.. Pastikan api perlahan!

Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.

Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.

Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.

Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.

Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.

***

Resepi untuk Kentang Putar
Oleh:Ainun Mamat
cc: www.facebook.com/bukuresepi

*Gambar kentang putar di atas hanyalah sekadar hiasan sahaja

Putera Mujahid Islam

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan