Top Question : Adakah Muslim Itu Terrorist?




Soalan:

Adakah Islam itu layak digelar sebagai ‘agama yang aman’ sedangkan Islam ini disebarkan dengan pedang(peperangan)?

Jawapan:

Menjadi suatu kebiasaan untuk orang non-Muslim melemparkan pendapat bahawa Islam itu mustahil mendapat jutaan pengikut melainkan ianya disebarkan dengan cara peperangan. Berikut adalah jawapan yang mampu membantah pendapat tersebut.


(1) Islam bermaksud ‘aman’.
Islam itu berasal daripada perkataan ‘Salam’ yang bermaksud aman. Islam juga bermaksud menyerahkan diri kepada Allah s.w.t. Maka, Islam itu adalah agama yang aman, dengan menyembahkan diri kepada Allah s.w.t.


(2) Indonesia Dan Malaysia
Indonesia amat diketahui kerana bilangan Muslim yang paling ramai dalam Dunia. Kebanyakan masyarakat di Malaysia pula adalah Muslim. Cuba anda nyatakan kepada saya, tentera Muslim mana yang datang ke Malaysia dan Indonesia membawa pedang untuk memaksa masyarakat memeluk Islam?

Tidak ada, kerana saya adalah penduduk Malaysia juga dan sejarah telah membuktikan, Islam datang ke Negara saya (Malaysia) bukan dengan kekerasan, tetapi kehendak rakyat untuk memeluk agama Islam kerana tertarik dengan akhlak pedagang asing yang Muslim. Pendapat bahawa Muslim datang dengan peperangan adalah mereka yang tidak belajar sejarah.


(3) Kekerasan Perlu Untuk Keamanan.
Apabila saya sebutkan ini, ramai yang salah anggap. Tidak semua manusia di muka bumi ini akan bersikap baik, ada sahaja yang membuat keganasan untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Sebagai contoh, polis menggunakan kekerasan untuk mempertahankan keamanan Negara. Jika masyarakat tidak berbuat salah, maka polis tidak akan mengganggu anda. Bahkan, terdapat masyarakat yang mengkutuk agama Islam. Maka Islam perlu membantah hujah mereka, jika mereka mengganas terhadap Muslim, tidak mungkin kami akan berdiam diri dan rela dipukul. Seperti anda, tiba-tiba sahaja ditumbuk dan ditendang, apa anda ingin berdiam diri dan membiarkan maruah anda jatuh?


(4) Pendapat Sejarawan De Lacy O’Leary.
Jawapan yang terbaik adalah daripada pendapat sejarawan De Lacy O’Leary dalam bukunya “Islam at the cross road(muka surat 8)”:

“Sejarah adalah telah nyata, bahawa sejarah tersebarnya Muslim di dunia dan memaksa Islam dengan cara pedang(keganasan) dalam menawan kaum-kaum adalah satu pendapat yang teramat hebat pelik mitosnya yang sejarawan lain turut telah mengulangi(pendapat ini).”
[Islam at The Cross Road]



(5) Muslim memerintah Sepanyol(Spain) Selama 800 Tahun.
Muslim telah memerintah Sepanyol selama 800 tahun dan Muslim di Sepanyol  tidak pernah menggunakan peperangan untuk memaksa manusia memeluk Islam.

Tetapi kemudian Kristian Krusader datang ke Sepanyol dan menghapuskan golongan Muslim. Tidak ada seorang pun Muslim di Sepanyol yang boleh berikan azan secara terangan. Azan adalah laungan panggilan supaya Muslim menunaikan solatnya.


(6) 14 milion Orang Arab Adalah Kristian Koptik.
Agama Islam adalah agama rasmi bagi Negara Arab selama 1400 tahun. Selama beberapa tahun sahaja British memerintah, kemudian Perancis. Secara keseluruhan, Muslim memerintah Arab selama 1400 tahun.

Tetapi lihatlah, di sana terdapat 14 milion Kristian Koptik (Kristian). Jika Muslim itu menggunakan kekerasan, sudah tentu tiada lansung Masyarakat Kristian Koptik di sana.


(7) Pantai Barat Afrika
Sekali lagi, Islam bersebar pantas di Pantai Barat Afrika. Saya mahu tanya anda semula, tentera Islam yang mana yang datang ke sana untuk memaksa dengan peperangan?


(8) Lebih 80% Masyarakat Di India Adalah Non-Muslim
Muslim telah memerintah India selama lebih seribu tahun. Jika mereka (Muslim di India) mahu, mereka mempunyai kuasa untuk memaksa masyarakat India untuk memeluk Islam dengan pedang.

Hari ini, lebih 80% masyarakat di India adalah non-Muslim. Kesemua masyarakat non-Muslim ini mengangkat saksi bahawa Islam tidak datang ke Negara mereka dengan kekerasan.



Konklusi:
Sekarang mata anda telah terbuka luas bahawa Islam itu tidak disebarkan dengan cara peperangan mahupun paksaan. Jika ada, bukti di atas bakal mematahkan hujah mereka dan membuat mereka berfikir.


Wallahu alam. Allah lebih mengetahui.

Mohd Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan