Adik Sayang Papa



"Papa, adik beli biskut coco ni kat sekolah. Nah."

Papa sedang menaip, tiba-tiba jarinya terpaku.

"Adik jangan kacau papa. Sana sana. Main sana."

"Papa ni...."

Papa terus melihat ke kaca komputer. Jarinya makin laju menaip tanda geram, dahinya berkerut. Adik meletakkan biskut coco atas meja papa. Papa lansung tidak perasan. Papa. Tak macam dulu, dulu papa selalu beli biskut ni dengan adik. Sekarang papa dah berubah.

"Mama, tadi adik dapat nombor satu dalam kelas mama."

"Yeke adik? Baguslah adik, pandai anak mama. Meh sini mama kiss dia sikit ye."

Mama memeluk cium adik, bangga dengan kejayaan anaknya.

"Dah beritahu papa belum?"

Adik cuma diam, 'Papa tak pasang telinga pun'.

Sayu hati mama dengar, mata mama menolah ke arah papa yang sibuk dengan kerjanya dalam bilik. Kepala mama menggeleng.

"Tak apa nanti mama beritahu papa ye. Nanti mama papa beli hadiah."

"Yeke mama? Yayay mama beli hadiah." jerit adik sambil berlari ke biliknya untuk tidur.

***

"Abang, kenapa tak dilayannya adik? Dia beritahu saya dia dapat nombor satu dalam kelas."

Papa masih sibuk menaip, tidak perasan isteri yang dahulunya disanjung disayang terpacak di sebelahnya - marah akan papa.

"PAPA!"

"Apa jangan kacau lah."

Hati mama terguris dengan papa. Dahulu mama sering dipuji, disayangi. Kini papa sibuk dengan kerjayanya. Entah apa yang dibanggakan dengan kerjayanya.

"Esok saya teman adik bawa dia pergi jalan-jalan."

Papa masih tidak melayan mama.


***

"Mana kunci aku ni. Time nilah kunci takda. Semalaman aku typing, kunci lak buat hal. Aku nak submit harini benda ni."

Makin bengang, keluarga tiada di rumah. Mama dengan adik sudah keluar. Lupa dia akan kemana mereka pergi.

Rumahnya bersepah. Tidak jumpa juga akan kunci yang dicari. Ini mesti kerja mama sorok kunci sebab tidak puas hati.

Telefon dihidupkan, battery pun lupa untuk dicharge.

"H..."

Belum sempat dijawab, papa sudah melenting.

"Mama pergi mana? Adik kat mana? Mana kunci saya ni. Mama sorok kan? Cepat pulangkan. Saya ada kerja ni. Awak ni tak reti bersyukur ke? Saya kerja beri awak makan minum, beri pakaian. Bersyukurlah sedikit."

Tiada yang membalas. Papa makin berang.

"Mama jangan sampai papa..."

"Encik?"

"S-siapa ni? Apasal lelaki angkat nombor isteri aku ni? Kurang ajar kau? Apa kau buat dengan bini aku?"

"Encik, isteri encik kemalangan depan Masjid Raihan sebentar tadi."

"A-apa? Baru je pagi tadi..pagi tadi...tak tak."

"Encik harap bersabar. Boleh datang ke hospital melati sebentar lagi? Isteri encik kemalangan dengan sebuah kenderaan lain."

"Nanti...nanti dulu..."

Belum sempat berkata apa-apa talian diletakkan. Mama. Adik.

Papa terkedu. Tertampar pipinya tamparan yang sangat hebat. Papa tidak dapat menangis. Dipaksa, tidak dapat menangis. Kenapa ya Allah...aku hambaMu yang tidak pernah bersyukur.

Papa ke biliknya untuk mengambil kot. Pandangan papa terhenti melihat biskut coco yang diberikan adik malam tadi.

"Adik.....adikk...ya Allah maafkan papa nak. Maafkan papa...." Berlinangan air mata. Namun semua sudah terlambat. Adik gembira pergi menghadap yang Esa.

Hargailah keluarga anda, merekalah istana dan masjid yang telah anda bina. Jangan hancurkan dengan sifat tamak duniawi :')

Mohd Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan