Aku Cumalah Polis

Gambar hiasan



Sebuah kisah yang menyayat hati, tentang perih seorang polis menjaga keamanan negara. Kami berterima kasih kerana menjaga keamanan tempat tinggal kami, jasamu tidak dilupakan.

 ***

Hari ini lelah kerja, aku pulang dengan senyuman di pipi. Isteriku menungguku di tirai pintu istana rumah kami. Ya, kami tidaklah kaya mana, tetapi rumah adalah syurgaku, istanaku.

Anak-anak aku yang comel, berlari ke arahku dengan senyuman yang mugil, aku geram dengan mereka. Alangkah bagus sekiranya aku mampu penuhi hari-hariku dengan senyuman manis seperti mereka, tetapi aku cumalah manusia biasa.

"Abang dah pulang, selamat pulang bang," Suraya mengambil beg suaminya lalu mencium tangan suaminya, Hazwan. Aku gembira punya isteri yang memahami dan comel, tanpanya aku lemah, aku berterima kasih Allah kurniakan si dia. Lalu ku kucup dahinya.

Anak-anak didukung, tanpa henti mencium pipiku. Ya Allah, aku rindukan mereka. Bawalah mereka dan isteriku bersama berpimpin tangan di syurga kelak, ameen.

"Tangan abang cedera. Adik, turun dik. Tangan ayah sakit tu," Suraya cemas.

Hazwan tidak kesah, dia sayangkan anaknya. Kesakitan ini tidak apa-apa baginya. Suraya kembali padanya dengan membawa peti cemas.

"Kenapa ni abang? Asal tak rawat kat tempat kerja abang awal-awal? Takut infection nanti," Suraya membebel.

"Saje, abang nak isteri abang ni rawat," canda Hazwan.

Pipinya memerah, namun masih berleter. Hazwan termenung seketika.

"Tadi abang kawal kempen, ramai orang protes dengan kempen tu. Abang dengan partner tak cukup tangan nak jaga. Alah-alah, abang kena ludah dengan orang ramai."

Tangan suraya terhenti, matanya tunduk ke lantai. Terlihat air mengalir di pipinya.

"Suraya..."

"Abang," Suraya mencelah. "...Berhentilah kerja. Saya taknak abang sakit. Taknak abang cedera."

Hazwan mengangkat dagu isterinya, lalu berbisik.

"Tapi abang...Suraya bukan nak membantah. Abang kena juga jaga keselamatan diri abang," Suraya tidak puas hati.

Cuma senyuman yang memekar di bibir Hazwan. Dia lalu memimpin tangan isterinya ke meja makan. Suraya tidak lalu makan, sedih.

***

Hazwan tahu, ramai yang meragui status polis. Namun dia tidak mengalah. Dia dan sahabat-sahabatnya sanggup bermatian demi negara. Biarlah kami dibenci dan sebagainya, tetapi Allah memelihara kami.

Terlihat Ilyas termenung di hujung sudut. Hazwan mendekati.

"Kenapa Ilyas?"

Mata Ilyas cemas, risau. Hazwan tahu ada sesuatu tidak kena dengan kawan karib tempat kerjanya.

"Sebentar tadi, aku berkas seorang anak dato' tu. Kes rogol haritu."

Hazwan tersenyum, alhamdulillah tertangkap juga penjenayah tersebut, dengan bukti yang dikemukakan Pendakwaraya Rohaizah Mikasa, anak Melayu kacukan Jepun. Dia yakin, Mikasa mampu menyatakan bukti kukuh tentang penjenayah yang dicari-cari selama ini.

"Tetapi...ayahnya cuba merasuah aku," kata Ilyas, menganggu senyuman Hazwan tadi. Lalu Hazwan menarik baju Ilyas, marah.

"Kau tak bodoh kan ambil rasuah tu?" desak Hazwan.

Jari Ilyas menunjuk ke arah seorang lelaki tua yang sedang disoal siasat di bilik siasatan. Hazwan lega. Kedua-dua ayah dan anak ditangkap. Atas tuduhan rasuah dan merogol keduanya.

Hazwan kembali duduk lega, memohon maaf ke atas Ilyas kerana marah tanpa disedari.

"Empat ratus ribu ditayangkan depan aku," terkesima Hazwan seketika.

"Aku perlukan duit, isteri aku sedang bertahan bersungguh-sungguh melawan kanser di hospital, aku perlukan duit. Tapi...tapi...demi keamanan negara," hari ini Hazwan melihat pula air mata Ilyas, setelah semalam isterinya menangis.

Mereka berdua duduk berdiam. "Tapi Allah memuliakan kau."

Ilyas terkedu. Lalu memandang Hazwan.

"Allah memuliakan kau. Biar kita tidak berduit, janji hati kita kaya. Semoga Allah membantu kau dan isteri. Jika tidak di dunia, aku doakan untuk akhirat kelak."

Air mata dikesat, Ilyas kembali senyum. "Inilah sebab aku bangga berkawan dengan kau Wan."

Sepanjang 5 tahun Ilyas bekerja berkhidmat demi negara ini, dia tidak pernah kesal. Dia bangga akan kerjayanya, kerana tidak ramai yang cekal untuk menanggung tanggungjawab sebegini.

Orang cuma tahu memerli dan menghina, tetapi itulah manusia. Jadi anak orang kaya pun, tidak akan terlepas dari mulut yang sibuk memburukkan nama. Itulah manusia. Manusia. Tidak kenal diri sendiri, kain orang lain diselak-selak.

Hazwan pulang, seperti biasa, anak-anak akan berlari ke arahnya. Hazwan tersenyum. Dia duduk di sofa, butang baju dibuka, cuaca panas Malaysia ini, bagus juga dapat minum air sejuk.

Lalu anaknya membawa air oren sejuk untuknya. "Allah dik, susah je. Terima kasih dik."

Dia mengusap kepala anaknya, lalu terhenti.

"Adik, ibu mana?"

Adik cuma diam, setiap kali pulang Hazwan akan bertanya soalan yang sama. Adik cuma diam, lalu membawa dulang air ke dapur.

Hazwan menangis, bukan tidak mahu terima hakikat, tetapi hatinya sentiasa sebak mengenangkan isterinya.

"Abang...jaga negara kita dengan baik...anak-anak kita membesar di sini...isteri abang ni membesar di sini...kita bercinta di sini. Jangan biarkan negara kita hancur..."

Kata-kata terakhir Suraya sebelum pergi menghadap-Nya.

Aku cumalah polis. Tetapi tidak bermakna orang ramai boleh merendah-rendahkan kami. Kami juga punya perasaan dan kasih sayang. Allah...Allah......

Lalu Hazwan menangis, menjerit-jerit. Anak-anak turut sebak. Bidadari rumah mereka sudah tiada.

Mohd Zafranudin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan