Masalah Amalan Tidak Berkekalan (Futur)

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog kecil saya ini, alhamdulillah hari ini Allah s.w.t. mengizinkan saya untuk menulis lagi kepada anda semua. Saya berharap semoga penulisan kecil saya ini memberi manfaat kepada saudara-saudari di luar sana, inshaAllah. 

Saya berdoa semoga Allah mengampunkan dosa kita semua yang terdahulu, dan memberatkan timbangan Al-Mizan kita di sebelah kanan, ameen.

Baru-baru ini, saya menyelesaikan soalan-soalan yang ditanya oleh saudara-saudari di akaun ask.fm saya(rujuk petikan Twitter saya), namun satu soalan menarik perhatian saya, iaitu isu Futur.




Futur, saya memetik quotasi daripada Ustadzah Latifah Munawarah, MA.Kandidak Doktor, Kuliah Syariah, Universitas Kuwait dalam blog ini sebagai rujukan anda.


"Dalam kamusnya, Ibnu Mandhur, mengartikan Futur secara bahasa, mengandung dua arti, yaitu :

1. Putus setelah bersambung, atau tenang setelah bergerak.
2. Malas, lambat, perlahan, setelah rajin dan bersungguh.

Sedangkan dalam arti istilah yaitu : suatu penyakit yang dapat menimpa sebagian kaum muslimin atau sebagian aktivis, bahkan menimpa mereka secara praktikal (perbuatan). Tingkatannya yang paling rendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau berlambat-lambat. Puncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali sebelumnya rajin dan terus bergerak."
-Petikan daripada sumber di atas

Berdasarkan penerangan ini, dapat kita ketahui maksudnya futur, alhamdulillah, kepada yang tidak tahu ini merupakan sesuatu yang baru untuk anda.


Punca Futur


Saya ingin memberikan perkongsian pengalaman saya dalam dunia blogging dan menyampaikan dakwah, sekaligus mengenalpasti punca-punca futur ini. Semoga Allah ampunkan kita semua, dan anda mengambil iktibar dan ilmu dari apa yang saya sampaikan, inshaAllah.

Semenjak memasuki alam kolej, seperti yang sudah tahu, saya mengambil degree Computing Science di sebuah kolej. Sebelumnya, saya meluang masa selama sebulan di Kolej Islam as-Sofa untuk menuntut ilmu Bahasa Arab serba sedikit.

Bila dapat tawaran untuk belajar di sini, saya berbahagi hati untuk meneruskan di as-Sofa atau mengambil bidang perkomputeran, yang mana saya langsung tidak pernah mengetahui kebanyakkan 'basic' nya. Keputusan dibuat, saya memilih bidang perkomputeran, kerana saya berazam untuk membuat applikasi(software) untuk membantu umat Islam dan penduduk Malaysia kelak.

Berangkat pertama kali ke kolej, barang sudah dibawa, saya memasuki kelas orientasi untuk pelajar baru. Dukacita pertama saya adalah apabila saya mendapati kurang pengajian agama di sini, ada, namun sedikit(cuma satu kelas sepanjang 4 tahun pengajian).

Alhamdulillah, pelajar-pelajar di sini telah lama menubuhkan kumpulan PMI(Persatuan Mahasiswa Islam), sebuah kumpulan untuk pelajar mahasiswa dan mahasiswi Islam. Namun pada masa itu, saya tidak mengetahui kumpulan ini dan struktur kolej, bahkan sehingga sekarang saya masih belum menyertainya, kerana saya jenis pemalu. Sepupu perempuan saya di sini ada mengajak saya untuk menyertainya. Semoga Allah berkati niat baik beliau.

Kepada yang curiga, alhamdulillah, bidang ini amat baik untuk dipelajari. Dan saya gembira dengan perancangan Allah berikan.

Disebabkan persekitaran, saya kurang menyelami dunia keagamaan, namun Alhamdulillah saya memelihara ibadat dan bacaan al-Quran saya, cuma hati terasa pilu bila tidak dapat aktif dalam bidang keagamaan, seperti saya kerap lakukan di sekolah menengah. Pengaruh sahabat-sahabat merupakan sumber kuat juga untuk masalah Futur.

InshaAllah, saya akan cuba mendekati sahabat-sahabat di PMI, barangkali dapat menambah pengalaman keagamaan mereka di entri artikel di blog saya ini. Dan saya turut dapat sampaikan apa yang dipelajari kepada sahabat-sahabat sekiling saya. Buat pengetahuan, saya jenis 'open-minded' bila berkawan walaupun pemalu. 

Saya tidak kisah bersahabat dengan pelajar Kristian dan agama lain, walaupun bertatu, kerana satu saya tahu, rupa tidak menunjukkan isi hati seseorang, bahkan saya pernah dibantu oleh seorang pemuda Cina bertatu ketika saya terkena demam denggi dahulu. 

Jadi adalah lebih baik kita menunjukkan adab yang mulia untuk memberikan mereka pandangan yang baik terhadap Islam inshaAllah.

Berbalik kepada artikel kita, dapat kita ketahui, persekitaran dan sahabat merupakan sumber kuat kepada Futur.

Sahabat

Perlulah kita memilih sahabat yang mengingatkan kita kepada Tuhan, jika tiada, maka kitalah jadi Sahabat yang mengingatkan sahabat-sahabat sekeliling kita kepada Tuhan. Saya bersyukur kerana sepupu saya masih mengingatkan saya kepada Allah s.w.t., andai kata saya terlalai sedikit.

Persekitaran

Seperti mana ibu bapa membentuk tumbesaran anak-anak, persekitaran membentuk tumbesaran kita sebagai pemuda pemudi dan seterusnya.

Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman kita, maka jagalah kebersihan persekitaran kita. Persekitaran bersih, membuatkan kita lebih bersemangat untuk beribadat dan menuntut ilmu.

Pengamalan

Barangkali, kita menjadi futur kerana kita tidak mengamalkan apa yang kita sampaikan. Namun alhamdulillah, saya gembira Allah masih kurniakan saya untuk meneruskan solat dan memelihara hafalan al-Quran saya.

Dan sekarang, saya amat bahagia kerana dapat kembali ke dunia blogging, alhamdulillah, segala Pujian bagi-Nya, Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia.

Perlulah kita mengamalkan apa yang kita pelajari dan sampaikan, kerana ia menunjukkan peribadi kita.


Amalkan Doa

Berikut adalah doa yang bagus, sesuai dengan masalah futur ini. Amalkan, inshaAllah memberi manfaat yang besar buat kita semua.


Konklusi


Saya berharap artikel ini memberikan anda ilmu dan pengajaran yang bermanfaat, yang mana buruk dari saya diharap janganlah cela, kerana kita semua diberi ujian berbeza. Yang mana baik dari saya, ambil dan sebarkanlah, InshaAllah.

Kita tidak akan terlepas daripada merasa malas dan lalai melakukan suatu kebaikan, namun sama-samalah kita berdoa agar Allah kurniakan kita amalan yang dapat kita lakukan berkekalan sampai kita mati, ameen.

Tambahan, anda mungkin perasan saya meletakkan 'embedded' twitter di bahagian artikel saya. Saya berharap ia memberikan manfaat dan menarik minat pembaca, sila berikan respons anda terhadap

Mohamad Zafranudin Mohamed Zafrin

Penulis blog biasa AkuCintakanIslam.blogspot.com serta CodeNRecipe.wordpress.com, sedang menyambung pelajaran dalam Bsc(Hons) Computing Science. Gemar menulis code(programming) dan projek elektronik.

Semoga Allah memberkati kita semua, inshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan